Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اللَّهمَّ اجعل به وَزَغًا، فرجفَ مكانَه.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Allah, jadikanlah dia menggeletar. Maka dia pun terketar-ketar di tempatnya.
Sahabat Perawi
- Hind ibn Abu Hala
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1922, hadis no. 9649. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن هند ابن خديجة زوج النبي ﷺ رضي الله عنهما، قال: مر النبي ﷺ بالحكم أبي مروان بن الحكم فجعل يغمزه بإصبعه، فالتفت إليه النبي ﷺ فرآه، فقال: اللهم اجعل به وزغا. فرجف مكانه. [البيهقي في ((دلائل النبوة))، ابن عبدالبر في ((الاستيعاب))، الخطابي في ((غريب الحديث))، ((الضعيفة)) (6373)]
(Lemah) Hind anak kepada Khadijah, isteri kepada Nabi SAW berkata: Nabi SAW lalu di hadapan Hakam Abu Marwan. Lalu dia mula mengisyaratkan dengan jarinya. Lalu Nabi SAW berpaling kepada beliau dan melihatnya. Baginda bersabda: Wahai Allah, jadikanlah dia menggeletar. Maka dia pun terketar-ketar di tempatnya. Iaitu al-Hakam Abu Marwan Ibn al-Hakam. [Riwayat al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwwah, Ibn Abd al-Barr dalam al-Istiʿab dan al-Khattabi dalam Gharib al-Hadith. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6373]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman