Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أن رسول الله ﷺ عقد يوم حنين لأبي عامر الأشعري على خيل الطلب فلما انهزمت هوازن طلبها حتى أدرك ابن دريد بن الصمة فأسرع به فرسه فقتل ابن دريد أبا عامر. قال أبو موسى: فشددت على ابن دريد فقتلته وأخذت اللواء وانصرفت بالناس إلى رسول الله ﷺ فلما رأى اللواء بيدي قال: أبا موسى قتل أبو عامر؟ قلت: نعم يا رسول الله قال: فرفع يديه يدعوا له يقول: اللهم أبا عامر اجعله في الأكثرين يوم القيامة.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW telah memberi tugasan Abu ‘Amir al-‘Ash’ariyy RA pada hari peperangan Hunain untuk menunggang kuda peninjau. Ketika mana puak Hawazin dikalahkan, Abu ‘Amir RA mengekori mereka sehinggalah dia berjumpa dengan Ibn Duraid bin al-Sammah. Lalu Abu ‘Amir mamacu laju tunggangan kudanya. Kemudian, Ibn Duraid membunuh Abu ‘Amir RA. Kata Abu Musa RA: Aku mengasak Ibn Duraid lalu aku membunuhnya. Dan aku mengambil panji dan aku bersurai dengan pasukan tentera bertemu Rasulullah SAW. Ketika mana Baginda SAW melihat panji berada di tenganku, Baginda bersabda: Wahai Abu Musa, Abu ‘Amir terbunuh? Aku menjawab: Ya, wahai Rasulullah. Abu Musa berkata: Baginda berdoa sambil mengangkat tangannya: Wahai Allah! Jadikanlah Abu ‘Amir dalam golongan majoriti pada hari kiamat. Dengan lafaz ini atau yang hampir serupa dengannya.
Sahabat Perawi
- Ad-Dahhak bin Abdul Rahman bin 'Arzab RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1020, hadis no. 5246. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا اللفظ) عن الضحاك بن عبد الرحمن بن عرزب رضي الله عنه أن رسول الله ﷺ عقد يوم حنين لأبي عامر الأشعري على خيل الطلب فلما انهزمت هوازن طلبها حتى أدرك ابن دريد بن الصمة فأسرع به فرسه. فقتل ابن دريد أبا عامر. قال أبو موسى: فشددت على ابن دريد فقتلته وأخذت اللواء وانصرفت بالناس إلى رسول الله ﷺ فلما رأى اللواء بيدي قال: أبا موسى قتل أبو عامر؟ قلت: نعم يا رسول الله. قال: فرفع يديه يدعوا له يقول: اللهم أبا عامر. اجعله في الأكثرين يوم القيامة. هذا أو نحوه. [ع, حب, ابن عساكر, حم, الضعيفة (6489)]
(Munkar dengan lafaz ini) Daripada al-Dahhak bin Abdul Rahman bin ‘Arzab RA bahawa Rasulullah SAW telah memberi tugasan Abu ‘Amir al-‘Ash’ariy RA pada hari peperangan Hunain untuk menunggang kuda peninjau. Ketika mana puak Hawazin dikalahkan, Abu ‘Amir RA mengekori mereka sehinggalah dia berjumpa dengan Ibn Duraid bin al-Sammah. Lalu Abu ‘Amir mamacu laju tunggangan kudanya. Kemudian, Ibn Duraid membunuh Abu ‘Amir RA. Kata Abu Musa RA: Aku mengasak Ibn Duraid lalu aku membunuhnya. Dan aku mengambil panji dan aku bersurai dengan pasukan tentera bertemu Rasulullah SAW. Ketika mana Baginda SAW melihat panji berada di tenganku, Baginda bersabda: Wahai Abu Musa, Abu ‘Amir terbunuh? Aku menjawab: Ya, wahai Rasulullah. Abu Musa berkata: Baginda berdoa sambil mengangkat tangannya: Wahai Allah! Jadikanlah Abu ‘Amir dalam golongan majoriti pada hari kiamat. Dengan lafaz ini atau yang hampir serupa dengannya. [Riwayat Abu Ya’la dalam al-Musnad, Ibn Hibban dalam al-Sahih, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq, Ahmad bin Hanbal dalam alMusnad. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 6489].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman