Wahai Allah! Lepaskanlah al-Walid, Salamah Bin Hisyam, ‘Ayyash Bin Abu Rabi’ah dan juga orang Islam yang lemah

TEKS BAHASA ARAB

كان يدعو في دبر صلاة الظهر: اللهم خلص الوليد، وسلمة بن هشام، وعياش بن أبي ربيعة، وضعفة المسلمين من أيدي المشركين، الذين لا يستطيعون حيلة ولا يهتدون سبيلا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Allah! Lepaskanlah al-Walid, Salamah Bin Hisyam, ‘Ayyash Bin Abu Rabi’ah dan juga orang Islam yang lemah yang berada dalam tawanan orang musyrik yang mana mereka tidak mampu untuk berhelah dan tidak diberikan petunjuk untuk menemui jalan (berhijrah).

STATUS

Munkar dengan menyebut penghujung solat Zohor

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1950, hadis nombor 9765. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر دبر صلاة الظهر)
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: كان ﷺ يدعو في دبر صلاة الظهر: اللهم خَلّص الوليد، وسلمة بن هشام، وعياش بن أبي ربيعة وضعفة المسلمين من أيدي المشركين الذين لا يستطيعون حيلة ولا يهتدون سبيلا.
[ابن جرير، ((الضعيفة)) (6630)]

(Munkar dengan menyebut penghujung solat Zohor)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Baginda sentiasa berdoa di penghujung solat Zohor: Wahai Allah! Lepaskanlah al-Walid, Salamah Bin Hisyam, ‘Ayyash Bin Abu Rabi’ah dan juga orang Islam yang lemah yang berada dalam tawanan orang musyrik yang mana mereka tidak mampu untuk berhelah dan tidak diberikan petunjuk untuk menemui jalan (berhijrah).
[Riwayat Ibn Jarir al-Tabari dalam tafsir. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6630]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs