TEKS BAHASA ARAB
حديث: من قال: اللهم صل على محمد النبي، عدد من صلى عليه من خلقك، وصل على محمد النبي كما ينبغي لنا أن نصلي عليه وصل على محمد النبي كما أمرتنا أن نصلي عليه. فإنه يرفع لقائله كلما أصبح عشر مرات كعمل أهل الأرض.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesiapa yang mengucapkan: Wahai Allah, Engkau berilah rahmat ke atas Nabi Muhammad sebanyak mana selawat yang dilantunkan oleh makhluk-Mu. Engkau berilah rahmat ke atas Nabi Muhammad, sepertimana yang sepatutnya kami berselawat ke atas Baginda. Engkau selawatlah ke atas Nabi Muhammad , sebagaimana yang Engkau perintahkan kami untuk berselawat ke atas Baginda. Maka orang yang membacanya sebanyak sepuluh kali setiap pagi menyamai amalan penduduk bumi.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 329, hadis nombor 39. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
في إسناده: كذاب ومتروك.
Pada sanadnya terdapat pendusta dan perawi matruk (ditinggalkan riwayatnya).
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.