Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Allah Engkau berilah rahmat ke atas Nabi Muhammad sebanyak mana selawat yang dilantunkan oleh makhluk-Mu

Teks Bahasa Arab

حديث: مَنْ قَالَ: اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ، عَدَدَ مَنْ صَلَّى عَلَيْهِ مِنْ خَلْقِكَ، وَصَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ، كَمَا يَنْبَغِي لَنَا أَنْ نُصَلِّيَ عَلَيْهِ، وَصَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ كَمَا أَمَرْتَنَا أَنْ نُصَلِّيَ عَلَيْهِ. فَإِنَّهُ يُرْفَعُ لِقَائِلِهِ كُلَّمَا أَصْبَحَ عَشْرَ مَرَّاتٍ كَعَمَلِ أَهْلِ الأَرْضِ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang mengucapkan: Wahai Allah, Engkau berilah rahmat ke atas Nabi Muhammad sebanyak mana selawat yang dilantunkan oleh makhluk-Mu. Engkau berilah rahmat ke atas Nabi Muhammad, sepertimana yang sepatutnya kami berselawat ke atas Baginda. Engkau selawatlah ke atas Nabi Muhammad , sebagaimana yang Engkau perintahkan kami untuk berselawat ke atas Baginda. Maka orang yang membacanya sebanyak sepuluh kali setiap pagi menyamai amalan penduduk bumi.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 329, hadis no. 39. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في إسناده: كذاب ومتروك.

Pada sanadnya terdapat pendusta dan perawi matruk (ditinggalkan riwayatnya).

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.