Wahai Allah dengan nama-Mu aku menakluk, dengan nama-Mu aku mengembara dan dengan nama-Mu aku berjalan

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا أراد سفراً قال: اللهم بك أصول وبك أجول وبك أسير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Rasulullah SAW ingin memulakan suatu perjalanan, baginda akan berdoa: Wahai Allah dengan nama-Mu aku menakluk, dengan nama-Mu aku mengembara dan dengan nama-Mu aku berjalan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 999, hadis nombor 5150. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي رضي الله عنه أن رسول الله ﷺ:كان إذا أراد سفراً قال: اللهم بك أصول وبك أجول وبك أسير. [حم، البزار، ابن جرير في التهذيب، الضعيفة (4167)].

(Lemah) Daripada Ali RA bahawa apabila Rasulullah SAW ingin memulakan suatu perjalanan, Baginda akan berdoa: Wahai Allah dengan nama-Mu aku menakluk, dengan nama-Mu aku mengembara dan dengan nama-Mu aku berjalan. [Riwayat Imam Ahmad dalam Musnad Imam Ahmad, al-Bazzar, dan Ibn Jarir dalam al-Tahdzib. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 4167].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs