Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان إذا أراد سفراً قال: اللهم بك أصول وبك أجول وبك أسير.
Teks Bahasa Melayu
Apabila Rasulullah SAW ingin memulakan suatu perjalanan, baginda akan berdoa: Wahai Allah dengan nama-Mu aku menakluk, dengan nama-Mu aku mengembara dan dengan nama-Mu aku berjalan.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 999, hadis no. 5150. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي رضي الله عنه أن رسول الله ﷺ:كان إذا أراد سفراً قال: اللهم بك أصول وبك أجول وبك أسير. [حم، البزار، ابن جرير في التهذيب، الضعيفة (4167)].
(Lemah) Daripada Ali RA bahawa apabila Rasulullah SAW ingin memulakan suatu perjalanan, Baginda akan berdoa: Wahai Allah dengan nama-Mu aku menakluk, dengan nama-Mu aku mengembara dan dengan nama-Mu aku berjalan. [Riwayat Imam Ahmad dalam Musnad Imam Ahmad, al-Bazzar, dan Ibn Jarir dalam al-Tahdzib. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 4167].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman