Wahai Allah datangkan kepada aku orang yang paling kamu suka

TEKS BAHASA ARAB

اللهم ائتني بأحب خلقك إليك، يأكل معي من هذا الطير، فجاء أبو بكر فردَّه، وجاء عمر فردَّه، وجاء علي فأذن له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Allah datangkan kepada aku orang yang paling kamu suka yang akan makan burung ini bersama aku. Lalu Abu Bakar datang namun Baginda menolak beliau. Umar datang, Baginda pun menolak. Ketika Ali datang, Baginda mengizinkan beliau untuk duduk bersama.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1950, hadis nombor 9764. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أنس رضي الله عنه قال: أن النبي صلى الله عليه وسلم كان عنده طير، فقال: اللهم ائتني بأحب خلقك إليك، يأكل معي من هذا الطير. فجاء أبو بكر فردَّه، وجاء عمر فردَّه، وجاء علي فأذن له.
[ن في ((الكبرى))، ابن الجوزي ((العلل))، الضعيفة (6575)]

(Munkar)
Daripada Anas RA, beliau berkata: Sesungguhnya Nabi SAW mempunyai seekor burung. Baginda berdoa: Wahai Allah datangkan kepada aku orang yang paling kamu suka yang akan makan burung ini bersama aku. Lalu Abu Bakar datang namun Baginda menolak beliau. Umar datang, Baginda pun menolak. Ketika Ali datang, Baginda mengizinkan beliau untuk duduk bersama.
[Riwayat al-Nasaie dalam Sunan Kubra dan Ibn al-Jauzi ‘Ilal. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no.6575]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs