Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اللهمَّ ائتني بأحَبِّ خلقِكَ إليكَ، يأكلُ معيَ من هذا الطيرِ، فجاءَ أبو بكرٍ فَرَدَّهُ، وجاءَ عمرُ فرَدَّهُ، وجاءَ عليٌّ فأَذِنَ لهُ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Allah datangkan kepada aku orang yang paling kamu suka yang akan makan burung ini bersama aku. Lalu Abu Bakar datang namun Baginda menolak beliau. Umar datang, Baginda pun menolak. Ketika Ali datang, Baginda mengizinkan beliau untuk duduk bersama.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1950, hadis no. 9764. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Anas RA, beliau berkata: Sesungguhnya Nabi SAW mempunyai seekor burung. Baginda berdoa: Wahai Allah datangkan kepada aku orang yang paling kamu suka yang akan makan burung ini bersama aku. Lalu Abu Bakar datang namun Baginda menolak beliau. Umar datang, Baginda pun menolak. Ketika Ali datang, Baginda mengizinkan beliau untuk duduk bersama. [Riwayat al-Nasaie dalam Sunan Kubra dan Ibn al-Jauzi ‘Ilal. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no.6575]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman