Wahai Allah, berlembutlah denganku dalam memudahkan segala kesukaran

TEKS BAHASA ARAB

اللهم الطف بي في تيسير كل عسير فإن تيسير كل عسير عليك يسير وأسألك اليسر والمعافاة في الدنيا والآخرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Allah, berlembutlah denganku dalam memudahkan segala kesukaran, kerana sesungguhnya memudahkan segala kesukaran itu adalah mudah bagi-Mu. Aku memohon dengan-Mu kemudahan dan keselamatan di dunia dan di akhirat.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1104, hadis nombor 5593. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم لما وجه جعفر بن أبي طالب رضي الله عنه إلى الحبشة شيعه وزوده كلماتٍ قل: اللَّهُمَّ الْطُفْ بِي فِي تَيْسِيرِ كُلِّ عَسِيرٍ؛ فَإِنَّ تَيْسِيرَ كُلِّ عَسِيرٍ عَلَيْكَ يَسِيرٌ وَأَسْأَلُكَ الْيُسْرَ وَالْمُعَافَاةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَ. [عق، طس، الضعيفة (7048)].

(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW ketika mengutuskan Ja‘far bin Abu Talib ke Habsyah, Baginda membekalkan beliau dengan beberapa ucapan doa: Wahai Allah, berlembutlah denganku dalam memudahkan segala kesukaran, kerana sesungguhnya memudahkan segala kesukaran itu adalah mudah bagi-Mu. Aku memohon dengan-Mu kemudahan dan keselamatan di dunia dan di akhirat. [Riwayat al-‘Uqaili dalam al-Du‘afa’, riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 7048]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs