Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اللَّهُمَّ الْطُفْ بِي فِي تَيْسِيرِ كُلِّ عَسِيرٍ فَإِنَّ تَيْسِيرَ كُلِّ عَسِيرٍ عَلَيْكَ يَسِيرٌ وَأَسْأَلُكَ الْيُسْرَ وَالْمُعَافَاةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Allah, berlembutlah denganku dalam memudahkan segala kesukaran, kerana sesungguhnya memudahkan segala kesukaran itu adalah mudah bagi-Mu. Aku memohon dengan-Mu kemudahan dan keselamatan di dunia dan di akhirat.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1104, hadis no. 5593. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم لما وجه جعفر بن أبي طالب رضي الله عنه إلى الحبشة شيعه وزوده كلماتٍ قل: اللَّهُمَّ الْطُفْ بِي فِي تَيْسِيرِ كُلِّ عَسِيرٍ؛ فَإِنَّ تَيْسِيرَ كُلِّ عَسِيرٍ عَلَيْكَ يَسِيرٌ وَأَسْأَلُكَ الْيُسْرَ وَالْمُعَافَاةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَ. [عق، طس، الضعيفة (7048)].
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW ketika mengutuskan Ja‘far bin Abu Talib ke Habsyah, Baginda membekalkan beliau dengan beberapa ucapan doa: Wahai Allah, berlembutlah denganku dalam memudahkan segala kesukaran, kerana sesungguhnya memudahkan segala kesukaran itu adalah mudah bagi-Mu. Aku memohon dengan-Mu kemudahan dan keselamatan di dunia dan di akhirat. [Riwayat al-‘Uqaili dalam al-Du‘afa’, riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 7048]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman