TEKS BAHASA ARAB
اللهم! بارك لنا في صاعنا وفي شامنا وفي يمننا فقال رجل يا رسول الله وفي العراق ومصر فقال هناك يطلع قرن الشيطان؛ وثم الزلازل والفتن.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai Allah, berkatilah kami pada gantang dan cupak kami. Pada Mekah dan Madinah kami, pada Syam dan Yaman kami. Seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, di Iraq dan Mesir bagaimana? Nabi SAW bersabda: Di sana terbitnya tanduk syaitan. Di sana juga terjadinya gempa dan fitnah.
STATUS
Munkar dengan menyebut perkataan Mesir
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1902 hadis nombor 9559. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بذكر مصر)
عن ابن عمر – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: اللهم! بارك لنا في صاعنا وفي شامنا وفي يمننا فقال رجل يا رسول الله وفي العراق ومصر فقال هناك يطلع قرن الشيطان؛ وثم الزلازل والفتن.
[الطبراني في ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5544)]
(Munkar dengan menyebut perkataan Mesir)
Daripada Ibn Umar RA. Beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai Allah, berkatilah kami pada gantang dan cupak kami. Pada Mekah dan Madinah kami, pada Syam dan Yaman kami. Seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, di Iraq dan Mesir bagaimana? Nabi SAW bersabda: Di sana terbitnya tanduk syaitan. Di sana juga terjadinya gempa dan fitnah.
[Riwayat al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5544]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.