Sesungguhnya moyang aku Ibrahim AS mahu mendoakan keburukan ke atas ahli Iraq

TEKS BAHASA ARAB

إن أبي إبراهيم – عليه السلام – هم أن يدعو عليهم – يعني: أهل العراق -، فأوحى الله تعالى إليه: لا تفعل؛ فإني جعلت خزائن علمي فيهم، وأسكنت الرحمة في قلوبهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya moyang aku Ibrahim AS mahu mendoakan keburukan ke atas ahli Iraq. Lalu Allah memberikan wahyu kepada Baginda: “Jangan lakukan, sesungguhnya Aku menjadikan gedung pengetahuan-Ku pada mereka dan Aku campakkan sifat rahmat dalam hati mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1904 hadis nombor 9564. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن معاذ بن جبل – رضي الله عنه -، قال: قال النبي – صلى الله عليه وسلم -: اللهم بارك لنا في صاعنا ومُدِّنا، وفي شامنا وفي يَمَنِنا، وفي حِجازنا. قال: فقام إليه رجل فقال: يا رسول الله! وفي عراقنا؟ فأمسك النبي – صلى الله عليه وسلم -. فلما كان في اليوم الثاني قال مثل ذلك، فقام إليه الرجل فقال: يا رسول الله! وفي عراقنا؟ فأمسك النبي – صلى الله عليه وسلم -. فلما كان في اليوم الثالث قام إليه الرجل فقال: يا رسول الله! وفي عراقنا؟ فأمسك النبي – صلى الله عليه وسلم -. فولى الرجل وهو يبكي، فدعاه النبي – صلى الله عليه وسلم -، فقال: أمن العراق أنت؟ قال: نعم. قال: إن أبي إبراهيم – عليه السلام – هم أن يدعو عليهم – يعني: أهل العراق -، فأوحى الله تعالى إليه: لا تفعل؛ فإني جعلت خزائن علمي فيهم، وأسكنت الرحمة في قلوبهم.
[خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5518)]

(Palsu)
Daripada Muaz Bin Jabal beliau berkata: Rasulullah SAW berdoa: Wahai Allah, berkatilah gantang dan cupak kami. Begitu juga Syam dan Yaman kami. Berkatilah Hijaz kami. Muaz berkata: Lalu seorang lelaki bangun menuju kepada Baginda. Wahai Rasulullah, bagaimana dengan Iraq? Lalu Nabi SAW berhenti. Pada hari kedua, Nabi SAW menyebut perkara yang sama. Lalu lelaki yang sama bangun dan berkata: Wahai Rasulullah, bagaimana dengan Iraq? Lantas Nabi SAW berhenti. Pada hari ketiga, lelaki yang sama bangun dan berkata: Wahai Rasulullah, bagaimana dengan Iraq? Lantas Nabi SAW berhenti. Lelaki itu berpaling dalam keadaan menangis. Lalu Nabi SAW memanggil lelaki tersebut. Nabi SAW bertanya: Adakah kamu dari Iraq? Lelaki itu berkata: Ya. Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya moyang aku Ibrahim AS mahu mendoakan keburukan ke atas ahli Iraq. Lalu Allah memberikan wahyu kepada Baginda: “Jangan lakukan, sesungguhnya Aku menjadikan gedung pengetahuan-Ku pada mereka dan Aku campakkan sifat rahmat dalam hati mereka.
[Riwayat Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5518]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs