Wahai Allah, berikan keselamatan kepada aku dalam kudrat-Mu

TEKS BAHASA ARAB

اللهم عافني في قدرتك وأدخلني في رحمتك واقضِ أجلي في طاعتك واختم لي بخير عملٍ واجعل ثوابه الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Allah, berikan keselamatan kepada aku dalam kudrat-Mu, masukkan aku dalam rahmat-Mu, tetapkanlah ajalku dalam ketaatan terhadap-Mu, dan akhiri hidupku dengan sebaik-baik amalan dan jadikanlah ganjarannya adalah syurga.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1105, hadis nombor 5595. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما قال: قال صلى الله عليه وسلم:اللهم عافني في قدرتك وأدخلني في رحمتك واقضِ أجلي في طاعتك واختم لي بخير عملٍ واجعل ثوابه الجنة. [ابن عساكر، الضعيفة (7143)].

(Sangat lemah) Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA, beliau menceritakan bahawa Nabi SAW berdoa: Wahai Allah, berikan keselamatan kepada aku dalam kudrat-Mu, masukkan aku dalam rahmat-Mu, tetapkanlah ajalku dalam ketaatan terhadap-Mu, dan akhiri hidupku dengan sebaik-baik amalan dan jadikanlah ganjarannya adalah syurga. [Riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 7143]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs