Wahai Allah, berikan kehidupan yang cukup yang tidak kurang dan tidak berlebihan kepada 'Anazah

TEKS BAHASA ARAB

أنه وفد إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم هو وجماعة من أهل بيته وولده فاستأذنوا عليه فدخلوا فقال: من هؤلاء؟ قيل له: هذا وفد عنزة فقال: بخ بخ بخ، نعم الحي عنزة مبغي عليهم منصورون مرحبا بقوم شعيب وأختان موسى. سل يا سلمة عن حاجتك. قال: جئت أسألك عما افترضت علي في الإبل والغنم والعنز. فأخبره. ثم جلس عنده قريبا، ثم استأذنه في الانصراف، فقال له: انصرف. فما عدا أن قام، فقال: اللهم ارزق عنزة كفافا لا قوتا ولا إسرافا. وقال البزار: اللهم ارزق عنزة قوتا لا سرف فيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Salamah Bin Sa’ad meriwayatkan bahawa beliau dan keluarganya datang kepada Rasulullah SAW. Mereka meminta izin kepada Baginda lalu baginda bersabda: Siapa mereka ini? Ada yang berkata kepada baginda: Mereka ini adalah wakil ‘Anazah. Lantas baginda bersabda: Alangkah bagusnya, sebaik-baik golongan adalah ‘Anazah. Mereka sentiasa dibantu, selamat datang kepada keturunan Nabi Syu’aib dan dua saudara perempuan Nabi Musa. Nyatakan hajat kamu wahai Salamah. Lalu Salamah berkata: Aku datang untuk bertanya apa kewajipan yang perlu aku tunaikan terhadap unta, kambing dan biri-biri. Lalu Rasulullah memberitahu beliau. Kemudian Salamah duduk berdekatan dengan Nabi dan meminta izin untuk beredar. Nabi SAW menjawab : Beredarlah. Apabila beliau bangun, Baginda tidak berhenti menyebut : Wahai Allah, berikan kehidupan yang cukup yang tidak kurang dan tidak berlebihan kepada ‘Anazah. Al-Bazzar berkata : Wahai Allah berikan rezeki makanan asasi kepada ‘Anazah yang tidak ada unsur berlebihan padanya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 899-900, hadis nombor 4609. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)عن سلمة بن سعد: أنه وفد إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم هو وجماعة من أهل بيته وولده فاستأذنوا عليه فدخلوا، فقال: من هؤلاء؟ قيل له: هذا وفد عنزة فقال: بخ بخ بخ نعم الحي عنزة مبغي عليهم منصورون مرحبا بقوم شعيب وأختان موسى. سل يا سلمة عن حاجتك. قال: جئت أسألك عما افترضت علي في الإبل والغنم والعنز. فأخبره. ثم جلس عنده قريبا ثم استأذنه في الانصراف، فقال له: انصرف. فما عدا أن قام فقال: اللهم ارزق عنزة كفافا لا قوتا ولا إسرافا. وقال البزار: اللهم ارزق عنزة قوتا لا سرف فيه. [طب, أبو نعيم في المعرفة, البزار, الضعيفة (6229)]

(Munkar) Salamah Bin Sa’ad meriwayatkan bahawa beliau dan keluarganya datang kepada Rasulullah SAW. Mereka meminta izin kepada Baginda lalu baginda bersabda: Siapa mereka ini? Ada yang berkata kepada baginda: Mereka ini adalah wakil ‘Anazah. Lantas baginda bersabda: Alangkah bagusnya, sebaik-baik golongan adalah ‘Anazah. Mereka sentiasa dibantu, selamat datang kepada keturunan Nabi Syu’aib dan dua saudara perempuan Nabi Musa. Nyatakan hajat kamu wahai Salamah. Lalu Salamah berkata: Aku datang untuk bertanya apa kewajipan yang perlu aku tunaikan terhadap unta, kambing dan biri-biri. Lalu Rasulullah memberitahu beliau. Kemudian Salamah duduk berdekatan dengan Nabi dan meminta izin untuk beredar. Nabi SAW menjawab : Beredarlah. Apabila beliau bangun, Baginda tidak berhenti menyebut : Wahai Allah, berikan kehidupan yang cukup yang tidak kurang dan tidak berlebihan. Al-Bazzar berkata : Wahai Allah berikan rezeki makanan asasi kepada ‘Anazah yang tidak ada unsur berlebihan padanya. [Al-Tabrani di dalam Mu’jam Al-Kabir, Abu Nu’aim di dalam Al-Ma’rifah, Al-Bazzar, Al-Dha’ifah no 6229]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs