Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أنه وفد إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم هو وجماعة من أهل بيته وولده فاستأذنوا عليه فدخلوا فقال: من هؤلاء؟ قيل له: هذا وفد عنزة فقال: بخ بخ بخ، نعم الحي عنزة مبغي عليهم منصورون مرحبا بقوم شعيب وأختان موسى. سل يا سلمة عن حاجتك. قال: جئت أسألك عما افترضت علي في الإبل والغنم والعنز. فأخبره. ثم جلس عنده قريبا، ثم استأذنه في الانصراف، فقال له: انصرف. فما عدا أن قام، فقال: اللهم ارزق عنزة كفافا لا قوتا ولا إسرافا. وقال البزار: اللهم ارزق عنزة قوتا لا سرف فيه.
Teks Bahasa Melayu
Salamah Bin Sa'ad meriwayatkan bahawa beliau dan keluarganya datang kepada Rasulullah SAW. Mereka meminta izin kepada Baginda lalu baginda bersabda: Siapa mereka ini? Ada yang berkata kepada baginda: Mereka ini adalah wakil 'Anazah. Lantas baginda bersabda: Alangkah bagusnya, sebaik-baik golongan adalah 'Anazah. Mereka sentiasa dibantu, selamat datang kepada keturunan Nabi Syu'aib dan dua saudara perempuan Nabi Musa. Nyatakan hajat kamu wahai Salamah. Lalu Salamah berkata: Aku datang untuk bertanya apa kewajipan yang perlu aku tunaikan terhadap unta, kambing dan biri-biri. Lalu Rasulullah memberitahu beliau. Kemudian Salamah duduk berdekatan dengan Nabi dan meminta izin untuk beredar. Nabi SAW menjawab : Beredarlah. Apabila beliau bangun, Baginda tidak berhenti menyebut : Wahai Allah, berikan kehidupan yang cukup yang tidak kurang dan tidak berlebihan kepada 'Anazah. Al-Bazzar berkata : Wahai Allah berikan rezeki makanan asasi kepada 'Anazah yang tidak ada unsur berlebihan padanya.
Sahabat Perawi
- Salamah bin Saad RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 899-900, hadis no. 4609. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)عن سلمة بن سعد: أنه وفد إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم هو وجماعة من أهل بيته وولده فاستأذنوا عليه فدخلوا، فقال: من هؤلاء؟ قيل له: هذا وفد عنزة فقال: بخ بخ بخ نعم الحي عنزة مبغي عليهم منصورون مرحبا بقوم شعيب وأختان موسى. سل يا سلمة عن حاجتك. قال: جئت أسألك عما افترضت علي في الإبل والغنم والعنز. فأخبره. ثم جلس عنده قريبا ثم استأذنه في الانصراف، فقال له: انصرف. فما عدا أن قام فقال: اللهم ارزق عنزة كفافا لا قوتا ولا إسرافا. وقال البزار: اللهم ارزق عنزة قوتا لا سرف فيه. [طب, أبو نعيم في المعرفة, البزار, الضعيفة (6229)]
(Munkar) Salamah Bin Sa'ad meriwayatkan bahawa beliau dan keluarganya datang kepada Rasulullah SAW. Mereka meminta izin kepada Baginda lalu baginda bersabda: Siapa mereka ini? Ada yang berkata kepada baginda: Mereka ini adalah wakil 'Anazah. Lantas baginda bersabda: Alangkah bagusnya, sebaik-baik golongan adalah 'Anazah. Mereka sentiasa dibantu, selamat datang kepada keturunan Nabi Syu'aib dan dua saudara perempuan Nabi Musa. Nyatakan hajat kamu wahai Salamah. Lalu Salamah berkata: Aku datang untuk bertanya apa kewajipan yang perlu aku tunaikan terhadap unta, kambing dan biri-biri. Lalu Rasulullah memberitahu beliau. Kemudian Salamah duduk berdekatan dengan Nabi dan meminta izin untuk beredar. Nabi SAW menjawab : Beredarlah. Apabila beliau bangun, Baginda tidak berhenti menyebut : Wahai Allah, berikan kehidupan yang cukup yang tidak kurang dan tidak berlebihan. Al-Bazzar berkata : Wahai Allah berikan rezeki makanan asasi kepada 'Anazah yang tidak ada unsur berlebihan padanya. [Al-Tabrani di dalam Mu’jam Al-Kabir, Abu Nu’aim di dalam Al-Ma’rifah, Al-Bazzar, Al-Dha’ifah no 6229]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman