Wahai Allah, balaslah perbuatan al-Walid. Sesungguhnya dia telah menderhaka kepada aku

TEKS BAHASA ARAB

اللهم عليك الوليد أثم بي مرتين أو ثلاثا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Allah, balaslah perbuatan al-Walid. Sesungguhnya dia telah menderhaka kepada aku. Baginda membacanya dua, atau tiga kali.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1080, hadis nombor 5504. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي رضي الله عنه أَنَّ امْرَأَةَ الْوَلِيدِ بْنِ عُقْبَةَ أَتَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ الْوَلِيدَ يَضْرِبُهَا قَالَ: قُولِي لَهُ: إنَّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ أَجَارَنِي. قَالَ عَلِيٌّ: فَلَمْ تَلْبَثْ إِلَّا يَسِيرًا حَتَّى رَجَعَتْ فَقَالَتْ: مَا زَادَنِي إِلَّا ضَرْبًا فَأَخَذَ هُدْبَةً مِنْ ثَوْبِهِ فَدَفَعَهَا إِلَيْهَا وَقَالَ: قُولِي لَهُ: إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ أَجَارَنِي. فَلَمْ تَلْبَثْ إِلَّا يَسِيرًا حَتَّى رَجَعَتْ فَقَالَتْ: مَا زَادَنِي إِلَّا ضَرْبًا فَرَفَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَيْهِ وَقَالَ: اللَّهُمَّ عَلَيْكَ الْوَلِيدَ أَثِمَ بِي، مَرَّتَيْنِ أو ثلاثًا. [عم، البزار، ع، المحاملي في الأمالي، الضعيفة (6312)]

(Lemah) Daripada ‘Ali RA bahawa isteri al-Walid bin ‘Uqbah menemui Nabi SAW, lalu dia berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya al-Walid telah memukulku! Baginda berkata: Ucapkan padanya: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah melindungiku. Tidak lama selepas itu, isteri al-Walid datang semula, lalu berkata: Suamiku semakin memukulku lagi. Baginda menyerahkan kepadanya keratan pakaiannya dan memberinya kepada isteri al-walid. lalu bersabda: Ucapkan kepadanya: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah melindungiku.
Ali berkata: Tidak lama selepas itu, isteri al-Walid datang semula, lalu berkata: Suamiku semakin banyak memukul aku. Rasulullah SAW segera mengangkat tangannya, lalu berdoa: Wahai Allah, balaslah perbuatan al-Walid. Sesungguhnya dia telah menderhaka kepada aku. Baginda membacanya dua, atau tiga kali. [Riwayat ‘Abdullah bin Ahmad dalam Zawa’id al-Musnad, al-Bazzar dalam al-Musnad, Abu Ya‘la dalam al-Musnad dan al-Muhamili dalam al-Amali. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 6312]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs