Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اللَّهمَّ! عليك الوليدَ، أثم بي، مرتيْنِ [أو ثلاثًا]
Teks Bahasa Melayu
Wahai Allah, balaslah perbuatan al-Walid. Sesungguhnya dia telah menderhaka kepada aku. Baginda membacanya dua, atau tiga kali.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1080, hadis no. 5504. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada ‘Ali RA bahawa isteri al-Walid bin ‘Uqbah menemui Nabi SAW, lalu dia berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya al-Walid telah memukulku! Baginda berkata: Ucapkan padanya: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah melindungiku. Tidak lama selepas itu, isteri al-Walid datang semula, lalu berkata: Suamiku semakin memukulku lagi. Baginda menyerahkan kepadanya keratan pakaiannya dan memberinya kepada isteri al-walid. lalu bersabda: Ucapkan kepadanya: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah melindungiku. Ali berkata :Tidak lama selepas itu, isteri al-Walid datang semula, lalu berkata: Suamiku semakin banyak memukul aku. Rasulullah SAW segera mengangkat tangannya, lalu berdoa: Wahai Allah, balaslah perbuatan al-Walid. Sesungguhnya dia telah menderhaka kepada aku. Baginda membacanya dua, atau tiga kali. [Riwayat ‘Abdullah bin Ahmad dalam Zawa’id al-Musnad, al-Bazzar dalam al-Musnad, Abu Ya‘la dalam al-Musnad dan al-Muhamili dalam al-Amali. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 6312]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman