Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اللَّهمَّ! اغفِرْ للأحنفِ بنِ قيسٍ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Allah, ampunkanlah dosa al-Ahnaf bin Qays.
Sahabat Perawi
- al-Ahnaf bin Qays RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1080, hadis no. 5502. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada al-Ahnaf bin Qays RA, beliau berkata: Ketika aku sedang bertawaf di Kaabah pada zaman ‘Uthman ra, tiba-tiba seorang lelaki daripada bani Laith menerpaku, lalu memegang tanganku dan berkata: Mahukah aku berikan kamu suatu berita gembira? Aku menjawab: Ya. Dia pun bercerita: Adakah kamu masih ingat, ketika mana Rasulullah SAW mengutuskan aku kepada kaum kamu, Bani Saad. Aku jelaskan berkenaan Islam kepada mereka, dan menyeru mereka untuk memasukinya (memeluknya). Kamu berkata: Sesungguhnya kamu menyeru dan menyuruh kepada kebaikan, dan dia menyeru dan menyuruh kepada kebaikan. Aku menyampaikan kepada Nabi SAW, lalu Baginda berkata: Wahai Allah, ampunkanlah dosa al-Ahnaf bin Qays. Al-Ahnaf RA berkata: Tiada amalan yang aku lebih harapkan daripada amalan ini. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir dan al-Tarikh al-Saghir, Ibn Sa‘d dalam al-Tabaqat, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ahmad dalam al-Musnad dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 6319]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman