Wahai Allah, ampunkanlah dosa Ahnaf bin Qais

TEKS BAHASA ARAB

اللهم! اغفر للأحنف بن قيس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Allah, ampunkanlah dosa Ahnaf bin Qais.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1922 hadis nombor 9650. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن الأحنف بن قيس رضي الله عنه، قال: بينما أنا أطوف بالبيت في زمن عثمان رضي الله عنه، إذ جاء رجل من بني ليث، فأخذ بيدي فقال: ألا أبشرك؟ فقلت: بلى. فقال: هل تذكر إذ بعثني رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى قومك بني سعد، فجعلت أعرض عليهم الإسلام وأدعوهم إليه، فقلت أنت: إنك تدعو إلى الخير، وتأمر بالخير، وإنه ليدعو إلى الخير ويأمر بالخير، فبلغت ذلك إلى النبي صلى الله عليه وسلم، فقال: اللهم! اغفر للأحنف بن قيس… فكان الأحنف رضي الله عنه يقول: ما من عملي شيء أرجى لي منه.
[تخ، وفي ((التاريخ الصغير))، ابن سعد، ك، حم، طب، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6319)]

(Lemah)
Daripada al-Ahnaf bin Qais RA, beliau berkata: Ketika kami bertawaf di Kaabah pada zaman Uthman RA, datang seorang lelaki daripada Bani Laith. Lalu dia mengambil tangan aku dan berkata: Mahukah kamu aku berikan khabar gembira? Aku berkata: Mahu. Dia berkata: Adakah kamu ingat ketika Rasulullah SAW mengutuskan aku kepada kaum kamu, Bani Sa’ad. Aku mula membentangkan kepada mereka mengenai Islam dan menyeru mereka untuk memeluknya. Kamu berkata: Kamu menyeru kepada kebaikan, menyuruh melakukan kebaikan. Sesungguhnya dia ini menyeru dan menyuruh kepada kebaikan. Lantas aku terus memberitahu Rasulullah SAW tentang perkara tersebut. Baginda bersabda: Wahai Allah, ampunkanlah dosa Ahnaf bin Qais. Ahnaf RA berkata: Tiada satu amalan yang lebih aku harapkan berbanding doa tersebut.
[Riwayat al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir, Wafi dalam Tarikh al-Saghir, Ibn Sa’d, Mustadrak al-Hakim, Musnad Ahmad bin Hanbal, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6319]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs