Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اللَّهُمَّ! اغْفِرْ لِلأَحْنَفِ بْنِ قَيْسٍ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Allah, ampunkanlah dosa Ahnaf bin Qais.
Sahabat Perawi
- Al-Ahnaf bin Qais RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1922, hadis no. 9650. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الأحنف بن قيس رضي الله عنه، قال: بينما أنا أطوف بالبيت في زمن عثمان رضي الله عنه، إذ جاء رجل من بني ليث، فأخذ بيدي فقال: ألا أبشرك؟ فقلت: بلى. فقال: هل تذكر إذ بعثني رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى قومك بني سعد، فجعلت أعرض عليهم الإسلام وأدعوهم إليه، فقلت أنت: إنك تدعو إلى الخير، وتأمر بالخير، وإنه ليدعو إلى الخير ويأمر بالخير، فبلغت ذلك إلى النبي صلى الله عليه وسلم، فقال: اللهم! اغفر للأحنف بن قيس... فكان الأحنف رضي الله عنه يقول: ما من عملي شيء أرجى لي منه. [تخ، وفي ((التاريخ الصغير))، ابن سعد، ك، حم، طب، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6319)]
(Lemah) Daripada al-Ahnaf bin Qais RA, beliau berkata: Ketika kami bertawaf di Kaabah pada zaman Uthman RA, datang seorang lelaki daripada Bani Laith. Lalu dia mengambil tangan aku dan berkata: Mahukah kamu aku berikan khabar gembira? Aku berkata: Mahu. Dia berkata: Adakah kamu ingat ketika Rasulullah SAW mengutuskan aku kepada kaum kamu, Bani Sa’ad. Aku mula membentangkan kepada mereka mengenai Islam dan menyeru mereka untuk memeluknya. Kamu berkata: Kamu menyeru kepada kebaikan, menyuruh melakukan kebaikan. Sesungguhnya dia ini menyeru dan menyuruh kepada kebaikan. Lantas aku terus memberitahu Rasulullah SAW tentang perkara tersebut. Baginda bersabda: Wahai Allah, ampunkanlah dosa Ahnaf bin Qais. Ahnaf RA berkata: Tiada satu amalan yang lebih aku harapkan berbanding doa tersebut. [Riwayat al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir, Wafi dalam Tarikh al-Saghir, Ibn Sa’d, Mustadrak al-Hakim, Musnad Ahmad bin Hanbal, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6319]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman