Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: علي رضي الله عنه قال: كنت قاعدا عند النبي صلى الله عليه وسلم في البقيع في يوم دجن ومطر فمرت امرأة على حمار ومعها مكاري فأهوت يد الحمار في وهدة من الأرض فسقطت المرأة فأعرض النبي صلى الله عليه وسلم عنها بوجهه فقالوا: يا رسول الله إنها متسرولة فقال: اللهم اغفر للمتسرولات من أمتي يا أيها الناس اتخذوا السراويلات فإنها من أستر ثيابكم وخصوا بها نساءكم إذا خرجن.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Ali RA berkata: Aku duduk di sisi Nabi SAW di Baqi’ pada hari yang gelap dan hujan, maka lalu seorang perempuan di atas keldai dan bersamanya penunggang keldai. Tiba-tiba, kaki keldai itu jatuh di permukaan bumi yang rendah dan perempuan itu jatuh sekali. Maka Nabi SAW memalingkan wajahnya dari melihatnya (perempuan itu). Lalu mereka berkata: Wahai Rasullullah! Sesungguhnya dia memakai seluar. Lalu baginda berdoa: Wahai Allah! Ampunilah perempuan-perempuan yang memakai seluar dari kalangan umatku. Wahai sekalian manusia! Hendaklah kamu memakai seluar, sesungguhnya ia adalah sebaik-baik pakaian kamu yang menutup, dan khaskan ia kepada perempuan-perempuan kamu apabila mereka keluar.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 189, hadis no. 11. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Al-Suyuthi berkata di dalam al-La’ali’, hadith ini palsu dan terdapat perawi yang dituduh pemalsu hadith iaitu Ibrahim Bin Zakaria. Ibn ‘Adi berkata: Dia menyampaikan dari perawi-perawi thiqah dengan riwayat-riwayat batil tetapi perawi yang terdapat dalam sanad untuk hadis ini ialah Ibrahim bin Zakaria al-’Ijli al-Basri. Ibn Hibban telah menyebutnya di dalam al-Thiqat, dan inilah yang disebut oleh Ibn ‘Adi: Perkataan ini ialah Ibrahim Bin Zakaria al-Wasithi sepertimana disebutkan oleh Ibn Hajar di dalam kitabnya al-Lisan. Telah diriwayatkan dari beberapa jalan yang disebutkan oleh Pengarang al-La’ali’ (Al-Suyuthi), sebahagiannya disebut dalam kisah, sebahagian lain dalam bentuk pujian dan saling mengasihi kepada perempuan yang memakai seluar. Al-Suyuthi berkata: Dan dengan himpunan jalan-jalan ini, naiklah hadith ini sampai ke martabat hadith hasan.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman