Wahai Allah, ampunkanlah dosa al-Ahnaf bin Qays

TEKS BAHASA ARAB

اللهم اغفر للأحنف بن قيس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Allah, ampunkanlah dosa al-Ahnaf bin Qays.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1080, hadis nombor 5502. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الأحنف بن قيس رضي الله عنه، قال: بينما أنا أَطُوفُ بِالْبَيْتِ فِي زَمَنِ عُثْمَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ إِذْ جاءَ رَجُلٌ مِنْ بَنِي لَيْثٍ فأخذ بِيَدِي فَقَالَ: أَلا أُبَشِّرُكَ؟ فَقُلْتُ: بَلَى. فَقَالَ: هَلْ تَذْكُرُ إِذْ بَعَثَنِي رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى قَوْمِكَ بني سعدز فَجَعَلْتُ أَعْرِضُ عَلَيْهِمُ الإِسْلامَ وَأَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ فَقُلْتَ أَنْتَ: إِنَّكَ تَدْعُو إِلَى الْخَيْرِ وَتَأْمُرُ بِالخير وإِنَّهُ لَيَدْعُو إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُ بِالخير، فَبَلَّغْتُ ذَلِكَ إلى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلأَحْنَفِ بْنِ قَيْسٍ. فَكَانَ الأَحْنَفُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ: مَا من عَمَلِي شَيْءٌ أَرْجَى لِي مِنْهُ. [تخ، البخاري في الصغير، وابن سعد، ك، حم، طب، ابن عساكر، الضعيفة (6319)]

(Lemah) Daripada al-Ahnaf bin Qays RA, beliau berkata: Ketika aku sedang bertawaf di Kaabah pada zaman ‘Uthman ra, tiba-tiba seorang lelaki daripada bani Laith menerpaku, lalu memegang tanganku dan berkata: Mahukah aku berikan kamu suatu berita gembira? Aku menjawab: Ya.
Dia pun bercerita: Adakah kamu masih ingat, ketika mana Rasulullah SAW mengutuskan aku kepada kaum kamu, Bani Saad. Aku jelaskan berkenaan Islam kepada mereka, dan menyeru mereka untuk memasukinya (memeluknya). Kamu berkata: Sesungguhnya kamu menyeru dan menyuruh kepada kebaikan, dan dia menyeru dan menyuruh kepada kebaikan. Aku menyampaikan kepada Nabi SAW, lalu Baginda berkata: Wahai Allah, ampunkanlah dosa al-Ahnaf bin Qays. Al-Ahnaf RA berkata: Tiada amalan yang aku lebih harapkan daripada amalan ini. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir dan al-Tarikh al-Saghir, Ibn Sa‘d dalam al-Tabaqat, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ahmad dalam al-Musnad dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 6319]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs