Wahai Allah, Abu Amir telah terbunuh

TEKS BAHASA ARAB

اللهم! أبا عامر، اجعله في الأكثرين يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Allah, Abu Amir telah terbunuh. Jadikanlah dia dalam golongan ramai pada hari kiamat.

STATUS

Munkar dengan lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1921 hadis nombor 9648. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا اللفظ)
عن الضحاك بن عبد الرحمن بن عرزب الأشعري: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم عقد يوم حنين لأبي عامر الأشعري على خيل الطلب، فلما انهزمت هوازن؛ طلبها حتى أدرك ابن دريد بن الصمة، فأسرع به فرسه، فقتل ابن دريد أبا عامر. قال أبو موسى: فشددت على ابن دريد فقتلته، وأخذت اللواء، وانصرفت بالناس إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم، فلما رأى اللواء بيدي، قال: أبا موسى، قتل أبو عامر؟ قلت: نعم يا رسول الله! قال: فرفع يديه يدعو له يقول: اللهم! أبا عامر، اجعله في الأكثرين يوم القيامة. هذا أو نحوه.
[ع، ((الضعيفة)) (6489)]

(Munkar dengan lafaz ini)
Daripada al-Dahhak bin Abd al-Rahman bin ‘Arzab al-‘Asy’ari bahawa Rasulullah SAW mengikat satu panji di atas kuda milik serangan Abu ‘Amir al-‘Asy’ari. Apabila Hawazin kalah, beliau mencarinya sehingga bertemu Ibn Duraid al-Simmah. Lalu kudanya memecut laju. Lantas Ibn Duraid membunuh Abu Amir. Abu Musa berkata: Aku mengejar Ibn Duraid dan membunuhnya. Aku ambil panji dan aku beralih kepada Rasulullah SAW dengan orang ramai. Apabila Baginda melihat panji di tangan aku, Baginda bersabda: Wahai Abu Musa, Abu Amir telah terbunuh? Aku berkata: Ya wahai Rasulullah. Beliau berkata: Lalu Rasulullah SAW mengangkat tangan Baginda dan berdoa: Wahai Allah, Abu Amir telah terbunuh. Jadikanlah dia dalam golongan ramai pada hari kiamat. Seperti ini atau semisalnya.
[Riwayat Abu Yaa’la dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6489]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs