Wahai Ali tidak boleh bagi mana-mana individu untuk berjunub di masjid ini melainkan selain aku dan engkau

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا علي لا يحل لأحد يجنب في هذا المسجد غيري وغيرك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Ali tidak boleh bagi mana-mana individu untuk berjunub di masjid ini melainkan selain aku dan engkau.

STATUS

(Terdapat perawi bermasalah pada sanadnya)

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 95. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أَبُو سعيد «يَا عَلِيُّ لَا يَحِلُّ لأَحَدٍ يُجْنِبُ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ غَيْرِي وَغَيْرك» فِيهِ كثير غال فِي التَّشَيُّع عَن عَطِيَّة الْعَوْفِيّ ضَعِيف قلت كثير متابع وَحسنه التِّرْمِذِيّ وغربه قَالَ النَّوَوِيّ إِنَّمَا حسنه لشواهده قلت قد ورد من حَدِيث سعد وَعمر وَعَائِشَة وَجَابِر: فِي الْخُلَاصَة «لَا يَحِلُّ لأَحَدٍ أَنْ يُجْنِبَ» إِلَخ. مَوْضُوع.

Maksudnya: “Wahai Ali tidak boleh bagi mana-mana individu untuk berjunub di masjid ini melainkan selain aku dan engkau.”
Dalam sanadnya terdapat perawi yang bernama Kathir. Beliau melampau dengan fahaman syiah. Beliau meriwayatkan daripada ‘Atiyah al-‘Aufi. Beliau adalah perawi yang daif. Saya katakan: Kathir ada mutabi’. Ia dinilai hasan dan gharib oleh al-Tirmizi. al-Nawawi berkata: Beliau menilai hadith tersebut sebagai hasan kerana syawahidnya. Saya katakan: Ia diriwayatkan juga daripada hadith Sa’ad, Umar, ‘Aisyah dan Jabir. Dalam kitab al-Khulasah menyebut: Maksudnya: “Tidak boleh seseorang untuk berjunub….”. ia adalah palsu.
al-Qazwini menyebut tentang hadith-hadith dalam kitab al-Masabih berkenaan manaqib Ali.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.