Terdapat riwayat sokongan
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يَا عَلِيُّ لَا يَحِلُّ لأَحَدٍ يُجْنِبُ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ غَيْرِي وَغَيْرك.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Ali tidak boleh bagi mana-mana individu untuk berjunub di masjid ini melainkan selain aku dan engkau.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Terdapat riwayat sokongan
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 95. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Maksudnya: “Wahai Ali tidak boleh bagi mana-mana individu untuk berjunub di masjid ini melainkan selain aku dan engkau.” Dalam sanadnya terdapat perawi yang bernama Kathir. Beliau melampau dengan fahaman syiah. Beliau meriwayatkan daripada ‘Atiyah al-‘Aufi. Beliau adalah perawi yang daif. Saya katakan: Kathir ada mutabi’. Ia dinilai hasan dan gharib oleh al-Tirmizi. al-Nawawi berkata: Beliau menilai hadith tersebut sebagai hasan kerana syawahidnya. Saya katakan: Ia diriwayatkan juga daripada hadith Sa’ad, Umar, ‘Aisyah dan Jabir. Dalam kitab al-Khulasah menyebut: Maksudnya: “Tidak boleh seseorang untuk berjunub…”. ia adalah palsu. al-Qazwini menyebut tentang hadith-hadith dalam kitab al-Masabih berkenaan manaqib Ali.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman