Wahai 'Ali! Sesungguhnya halal kepadamu dalam masjid apa yang halal kepadaku

TEKS BAHASA ARAB

تعال يا علي! إنه يحل لك في المسجد ما يحل لي. يا علي! ألا ترضى أن تكون مني بمنزلة هارون من موسى؛ إلا النبوة؟! والذي نفسي بيده! إنك لتذودن عن حوضي يوم القيامة رجالا، كما يذاد البعير الضال عن الماء، بعصا معك من العوسج، كأني أنظر إلى مقامك من حوضي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ke mari, wahai ‘Ali! Sesungguhnya halal kepadamu dalam masjid apa yang halal kepadaku. Wahai ‘Ali! Tidak sukakah kamu mendapat keududukan di sisiku seperti kedudukan Harun terhadap Musa, melainkan jawatan kenabian? Demi Tuhan yang jiwaku berada di tanganNya! Sesungguhnya kamu akan benar-benar mengusir beberapa golongan daripada kolamku pada hari Kiamat sepertimana unta sesat diusir daripada air, menggunakan tongkat yang ada bersamamu yang berasal daripada pohon ‘Awsaj (pohon berduri), seakan-akan aku sedang melihat tempatmu daripada kolamku.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1350, hadis nombor 6894. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا)
عن جابر بن عبد الله الأنصاري رضي الله عنهما، قال: جاءنا رسول الله صلى الله عليه وسلم ونحن مضطجعين في المسجد، وفي يده عسيب رطب، فضربنا وقال: أترقدون في المسجد؟! إنه لا يرقد فيه أحد. فأجفلنا، وأجفل معنا علي بن أبي طالب! فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: تعال يا علي! إنه يحل لك في المسجد ما يحل لي. يا علي! ألا ترضى أن تكون مني بمنزلة هارون من موسى؛ إلا النبوة؟! والذي نفسي بيده! إنك لتذودن عن حوضي يوم القيامة رجالا، كما يذاد البعير الضال عن الماء، بعصا معك من العوسج، كأني أنظر إلى مقامك من حوضي.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4937)]

(Sangat munkar)
Daripada Jabir bin ‘Abdillah al-Ansari RA, katanya: Rasulullah SAW telah datang kepada kami ketika kami sedang berbaring mengiring dalam masjid, di tangan Baginda ada pelepah tamar, lalu baginda pun memukul kami seraya bersabda: Adakah kamu berbaring dalam masjid? Tidak ada sesiapa pun yang boleh berbaring di dalamnya. Lalu kami pun melarikan diri dan ‘Ali bin Abi Talib turut lari bersama kami. Rasulullah SAW pun bersabda: Ke mari, wahai ‘Ali! Sesungguhnya halal kepadamu dalam masjid apa yang halal kepadaku. Wahai ‘Ali! Tidak sukakah kamu mendapat keududukan di sisiku seperti kedudukan Harun terhadap Musa, melainkan jawatan kenabian? Demi Tuhan yang jiwaku berada di tanganNya! Sesungguhnya kamu akan benar-benar mengusir beberapa golongan daripada kolamku pada hari Kiamat sepertimana unta sesat diusir daripada air, menggunakan tongkat yang ada bersamamu yang berasal daripada pohon ‘Awsaj (pohon berduri), seakan-akan aku sedang melihat tempatmu daripada kolamku.
[Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4937]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs