Sangat lemah dengan keseluruhannya

30/06/2024

minit bacaan



Wahai ‘Alī! Sesungguhnya aku reda sesuatu untukmu sebagaimana aku reda jika ia untuk diriku

Teks Bahasa Arab

يا عليّ! إني أرضى لكَ ما أرضى لنفسي، وأكرهُ لكَ ما أكرهُ لنفسي؛ لا تقرأ القرآنَ وأنتَ جنبٌ، ولا أنت راكعٌ، ولا أنت ساجدٌ، ولا تصلّ وأنت عاقصٌ شعركَ، ولا تُدبِّح تدبيحَ الحمارِ.

Teks Bahasa Melayu

Wahai ‘Alī! Sesungguhnya aku reda sesuatu untukmu sebagaimana aku reda jika ia untuk diriku. Aku benci sesuatu untukmu sebagaimana aku benci jika ia untuk diriku. Janganlah kamu membaca al-Quran dalam keadaan berjunub dan tidak juga ketika kamu rukuk serta sujud. Janganlah kamu solat dalam keadaan mengikat rambut dan jangan kamu tunduk (turun) seperti tunduknya keldai.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah dengan keseluruhannya

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1545, hadis no. 7844. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا بهذا التمام) عن علي -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((يا علي! إني أرضى لك ما أرضى لنفسي، وأكره لك ما أكره لنفسي؛ لا تقرأ القرآن وأنت جنب، ولا أنت راكع، ولا أنت ساجد، ولا تصل وأنت عاقص شعرك، ولا تدبح تدبيح الحمار)). [قط، ((الضعيفة)) (5710)]

(Sangat Lemah dengan keseluruhannya) Daripada ‘Alī RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai ‘Alī! Sesungguhnya aku reda sesuatu untukmu sebagaimana aku reda jika ia untuk diriku. Aku benci sesuatu untukmu sebagaimana aku benci jika ia untuk diriku. Janganlah kamu membaca al-Quran dalam keadaan berjunub dan tidak juga ketika kamu rukuk serta sujud. Janganlah kamu solat dalam keadaan mengikat rambut dan jangan kamu tunduk (turun) seperti tunduknya keldai. [Riwayat al-Dāraquṭnī dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5710]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.