TEKS BAHASA ARAB
يا علي! إني أرضى لك ما أرضى لنفسي، وأكره لك ما أكره لنفسي: لا تقرأ القرآن وأنت جنب، ولا أنت راكع، ولا أنت ساجد، ولا تصل وأنت عاقص شعرك، ولا تدبح تدبيح الحمار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai Ali, sesungguhnya aku reda bagimu apa yang aku reda bagi diriku, dan aku benci bagimu apa yang aku benci bagi diriku; janganlah kamu baca al-Quran dalam keadaan junub, rukuk atau sujud. Janganlah juga kamu solat dalam keadaan rambut terikat, dan jangan tunduk seperti tunduknya keldai.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 332, hadis nombor 1746. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا بهذا التمام) عن علي – رضي الله عنه -، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ: «يَا عَلِيُّ! إِنِّي أَرْضَى لَكَ مَا أَرْضَى لِنَفْسِي، وَأَكْرَهُ لَكَ مَا أَكْرَهُ لِنَفْسِي: لَا تَقْرَأِ الْقُرَآنَ وَأَنْتَ جُنُبٌ، وَلَا أَنْتَ رَاكِعٌ، وَلَا أَنْتَ سَاجِدٌ، وَلَا تُصَلِّ وَأَنْتَ عَاقِصٌ شِعْرَكَ، وَلا تَدَبَّحْ تَدْبِيحَ الْحِمَارِ». [قط، ((الضعيفة)) (5710)].
(Sangat Lemah dengan teks lengkap sebegini) Daripada Ali RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Wahai Ali, sesungguhnya aku reda bagimu apa yang aku reda bagi diriku, dan aku benci bagimu apa yang aku benci bagi diriku; janganlah kamu baca al-Quran dalam keadaan junub, rukuk atau sujud. Janganlah juga kamu solat dalam keadaan rambut terikat, dan jangan tunduk seperti tunduknya keldai.” [Riwayat al-Daraqutni dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5710].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.