Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يَا عَلِيُّ! إِنِّي أَرْضَى لَكَ مَا أَرْضَى لِنَفْسِي، وَأَكْرَهُ لَكَ مَا أَكْرَهُ لِنَفْسِي: لَا تَقْرَأِ الْقُرَآنَ وَأَنْتَ جُنُبٌ، وَلَا أَنْتَ رَاكِعٌ، وَلَا أَنْتَ سَاجِدٌ، وَلَا تُصَلِّ وَأَنْتَ عَاقِصٌ شِعْرَكَ، وَلا تَدَبَّحْ تَدْبِيحَ الْحِمَارِ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Ali, sesungguhnya aku reda bagimu apa yang aku reda bagi diriku, dan aku benci bagimu apa yang aku benci bagi diriku; janganlah kamu baca al-Quran dalam keadaan junub, rukuk atau sujud. Janganlah juga kamu solat dalam keadaan rambut terikat, dan jangan tunduk seperti tunduknya keldai.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 332, hadis no. 1746. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا بهذا التمام) عن علي - رضي الله عنه -، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ: «يَا عَلِيُّ! إِنِّي أَرْضَى لَكَ مَا أَرْضَى لِنَفْسِي، وَأَكْرَهُ لَكَ مَا أَكْرَهُ لِنَفْسِي: لَا تَقْرَأِ الْقُرَآنَ وَأَنْتَ جُنُبٌ، وَلَا أَنْتَ رَاكِعٌ، وَلَا أَنْتَ سَاجِدٌ، وَلَا تُصَلِّ وَأَنْتَ عَاقِصٌ شِعْرَكَ، وَلا تَدَبَّحْ تَدْبِيحَ الْحِمَارِ». [قط، ((الضعيفة)) (5710)].
(Terlalu Daif dengan teks lengkap sebegini) Daripada Ali RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Wahai Ali, sesungguhnya aku reda bagimu apa yang aku reda bagi diriku, dan aku benci bagimu apa yang aku benci bagi diriku; janganlah kamu baca al-Quran dalam keadaan junub, rukuk atau sujud. Janganlah juga kamu solat dalam keadaan rambut terikat, dan jangan tunduk seperti tunduknya keldai.” [Riwayat al-Daraqutni dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5710].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman