Wahai Ali! Sesungguhnya aku lebih reda kepada kamu sebagaimana aku reda terhadap diriku dan aku benci tentangmu sepertimana dengan yang aku benci tentang diriku

TEKS BAHASA ARAB

يا علي! أني أرضى لك ما أرضى لنفسي وأكره لك ما أكره لنفسي: لا تَقْرَأْ القرآن وأنتَ جنب ولا أنت راكع ولا أنتَ ساجِد ولا تُصلّ وأنتِ عَاقِص شَعْرَك ولا تَدَّبَّحْ تدبيح الحمار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Ali! Sesungguhnya aku reda kepada kamu apa yang aku reda terhadap diriku dan aku benci untukmu apa yang aku benci untuk diriku. Janganlah kamu membaca al-Quran dalam keadaan berjunub dan tidak pula dalam keadaan rukuk, dan bukan dalam keadaan sujud, dan janganlah kamu solat dalam keadaan kamu menyanggul rambutmu dan janganlah kamu tunduk seperti tunduknya keldai.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1636, hadis nombor 8272. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا بهذا التام) عن علي – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((يا علي! أني أرضى لك ما أرضى لنفسي وأكره لك ما أكره لنفسي: لا تَقْرَأْ القرآنَ وأنتَ جُنُبٌ ولا أنتَ رَاكِعٌ ولا أنتَ ساجِدٌ ولا تُصَلِّ وأنتِ عَاقِصٌ شَعْرَكَ ولا تَدَّبَّحْ تَدْبِيْحَ الحِمَارِ)). [قط، ((الضعيفة)) (5710)]

(Sangat lemah dengan keseluruhannya)
Daripada Ali RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: ((Wahai Ali! Sesungguhnya aku reda kepada kamu apa yang aku reda terhadap diriku dan aku benci untukmu apa yang aku benci untuk diriku. Janganlah kamu membaca al-Quran dalam keadaan berjunub dan tidak pula dalam keadaan rukuk, dan bukan dalam keadaan sujud, dan janganlah kamu solat dalam keadaan kamu menyanggul rambutmu dan janganlah kamu tunduk seperti tunduknya keldai.))
[Riwayat al-Daraqutni dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5710].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs