Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا علي! أني أرضى لك ما أرضى لنفسي وأكره لك ما أكره لنفسي: لا تَقْرَأْ القرآنَ وأنتَ جُنُبٌ ولا أنتَ رَاكِعٌ ولا أنتَ ساجِدٌ ولا تُصَلِّ وأنتِ عَاقِصٌ شَعْرَكَ ولا تَدَّبَّحْ تَدْبِيْحَ الحِمَارِ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Ali! Sesungguhnya aku reda kepada kamu apa yang aku reda terhadap diriku dan aku benci untukmu apa yang aku benci untuk diriku. Janganlah kamu membaca al-Quran dalam keadaan berjunub dan tidak pula dalam keadaan rukuk, dan bukan dalam keadaan sujud, dan janganlah kamu solat dalam keadaan kamu menyanggul rambutmu dan janganlah kamu tunduk seperti tunduknya keldai.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1636, hadis no. 8272. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا بهذا التام) عن علي - رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((يا علي! أني أرضى لك ما أرضى لنفسي وأكره لك ما أكره لنفسي: لا تَقْرَأْ القرآنَ وأنتَ جُنُبٌ ولا أنتَ رَاكِعٌ ولا أنتَ ساجِدٌ ولا تُصَلِّ وأنتِ عَاقِصٌ شَعْرَكَ ولا تَدَّبَّحْ تَدْبِيْحَ الحِمَارِ)). [قط، ((الضعيفة)) (5710)]
(Sangat lemah dengan keseluruhannya) Daripada Ali RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: ((Wahai Ali! Sesungguhnya aku reda kepada kamu apa yang aku reda terhadap diriku dan aku benci untukmu apa yang aku benci untuk diriku. Janganlah kamu membaca al-Quran dalam keadaan berjunub dan tidak pula dalam keadaan rukuk, dan bukan dalam keadaan sujud, dan janganlah kamu solat dalam keadaan kamu menyanggul rambutmu dan janganlah kamu tunduk seperti tunduknya keldai.)) [Riwayat al-Daraqutni dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5710].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman