Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: "يَا عَلِيُّ مَنْ صَلَّى مِائَةَ رَكْعَةٍ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ بِفَاتِحَةِ الكتاب وَ {قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ} عَشْرَ مَرَّاتٍ إِلا قَضَى اللَّهُ له كل حاجة _ إلخ
Teks Bahasa Melayu
Hadith: “Wahai Ali, sesiapa yang solat seratus rakaat pada malam nisfu Sya’ban dengan dia membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas sepuluh kali melainkan Allah akan menunaikan segala hajatnya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 50, hadis no. 108. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Hadith ini palsu, pada lafaznya yang secara jelas menceritakan pelakunya mendapat pahala. Manusia yang berkemahiran tidak akan ragu kepalsuannya dan perawinya yang tidak dikenali. Hadith ini juga diriwayatkan melalui jalan yang kedua dan ketiga namun semua riwayatnya palsu dan perawi-perawinya tidak dikenali. Al-Firuzabadi berkata di dalam al-Mukhtasar: hadith berkenaan solat malam nisfu Sya’ban adalah batil. Ibn Hibban meriwayatkan daripada Ali berkata: jika masuk malam nisfu Sya’ban bangunlah pada malamnya dan puasalah pada siangnya. Hadith ini dhaif. Al-Suyuthi berkata di dalam al-La’ali: Solat seratus rakaat pada malam nisfu Sya’ban dan membaca surah al-Ikhlas sepuluh kali beserta banyak fadhilatnya riwayat al-Dailami dan selainya adalah palsu, dan majoriti perawinya pada ketiga-tiga sanad merupakan perawi yang tidak dikenali dan lemah. Beliau berkata: dua belas rakaat dengan membaca surah al-Ikhlas sebanyak tiga puluh kali adalah palsu, dua belas rakaat juga riwayatnya palsu. Sekumpulan ulama fiqh terlepas pandang tentang hadith ini seperti pengarang kitab Ihya’ dan selainnya, begitu juga sebahagian ulama tafsir. Solat pada malam ini iaitu malam nisfu Sya’ban telah diriwayatkan dengan lafaz berbeza yang mana kesemuanya adalah batil dan palsu tanpa menafikan hadith riwayat al-Tirmizi daripada Aisyah RA apabila Nabi SAW pergi ke al-Baqi’, dan turunnya Allah SWT pertengahan malam ke langit dunia dan Allah SWT mengampunkan dosa lebih banyak daripada bulu kabilah Bani Kalb. Apa yang dibincangkan ialah berkaitan solat yang direka ini pada malam nisfu Sya’ban manakala hadith riwayat Aisyah RA ini pada riwayatnya terdapat perawi daif dan sanadnya terputus sebagaimana hadith riwayat Ali RA yang disebutkan sebelum ini berkenaan menghidupkan malamnya tanpa menafikan solat itu adalah palsu walaupun pada sanadnya terdapat perawi daif sebagaimana yang kita sebutkan sebelum ini.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman