Wahai Ali, sesiapa yang solat pada malam pertengahan (nisfu) Syaaban 100 rakaat

TEKS BAHASA ARAB

يا علي من صلى ليلة النصف من شعبان مئة ركعة بألف {قل هو الله أحد} قضى الله له كل حاجة طلبها تلك الليلة وساق جزافات كثيرة وأعطي سبعين ألف حوراء لكل حوراء سبعون ألف غلام وسبعون ألف ولدان" إلى أن قال: "ويشفع والداه كل واحد منهما في سبعين ألفا".

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Ali, sesiapa yang solat pada malam pertengahan (nisfu) Syaaban 100 rakaat, dengan membaca al-Fatihah dan (Qul Huwallahu Ahad) 10 kali, maka Allah akan tunaikan segala keperluannya yang diminta pada malam tersebut, – kemudian disebutkan khurafat yang banyak – dia akan diberi 70 000 bidadari dengan setiap bidadari ada 70 000 pelayan dan anak… dan masing-masing daripada kedua-dua orang tuannya yang akan memberi syafaat bagi 70 000 orang.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 99, hadis nombor 175. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها: أحاديث صلاة ليلة النصف من شعبان كحديث "يا علي من صلى ليلة النصف من شعبان مئة ركعة بألف {قل هو الله أحد} قضى الله له كل حاجة طلبها تلك الليلة وساق جزافات كثيرة وأعطي سبعين ألف حوراء لكل حوراء سبعون ألف غلام وسبعون ألف ولدان" إلى أن قال: "ويشفع والداه كل واحد منهما في سبعين ألفا".
والعجب ممن شم رائحة العلم بالسنن أن يغتر بمثل هذا الهذيان ويصليها؟!
وهذه الصلاة وضعت في الإسلام بعد الأربع مئة.

Antaranya (ciri-ciri hadis palsu) juga ialah hadis tentang kelebihan solat malam nisfu Syaaban. Seperti hadis:
"يَا عَلِيَّ مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ النِّصْفُ مِنْ شَعْبَانِ مِئَةَ رَكْعَةٍ يَقْرَأُ بِفَاتِحَةِ الكِتَابِ وَ {قُلْ هُوَ اللَهُ أَحَدٌ} عَشْرَ مَرَّاتٍ قَضَى اللَهُ لَهُ كُلَّ حَاجَةٍ طَلَبَهَا تِلْكَ اللَّيْلَةَ – وَسَاقَ خُرَافَاتٍ كَثِيْرَةً – وَأَعُطِيَ سَبْعِينَ أَلْفَ حَوْرَاءَ لِكُلِّ حَوْرَاءَ سَبْعُونَ أَلْفَ غُلامٍ وَسَبْعُونَ أَلْفَ وِلْدَانٍ "إِلَى أَنْ قَالَ: " وَيَشْفَعُ وَالِدَاهُ كثلُّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا فِي سَبْعِينَ أَلْفًا
“Wahai Ali, sesiapa yang solat pada malam pertengahan (nisfu) Syaaban 100 rakaat, dengan membaca al-Fatihah dan (Qul Huwallahu Ahad) 10 kali, maka Allah akan tunaikan segala keperluannya yang diminta pada malam tersebut, – kemudian disebutkan khurafat yang banyak – dia akan diberi 70 000 bidadari dengan setiap bidadari ada 70 000 pelayan dan anak… dan masing-masing daripada kedua-dua orang tuannya yang akan memberi syafaat bagi 70 000 orang.”
Sungguh ajaib bagi orang yang mempelajari sunnah tetapi telah terpedaya dengan hadis seperti ini malah mengamalkan solat ini. Hadis-hadis ini ternyata jelas dipalsukan dalam Islam setelah 40 tahun.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs