Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Ali, sesiapa yang solat pada malam pertengahan

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: يَا عَليّ من صلى لَيْلَة النّصْف من شعْبَان مائَة رَكْعَة ب {قل هُوَ الله أحد}. الحَدِيث الطَّوِيل مَوْضُوع كَمَا تقدم.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Wahai Ali, sesiapa yang solat pada malam pertengahan (nisfu) Syaaban 100 rakaat, dengan membaca (Qul Huwallahu Ahad), hadis palsu yang panjang sebagaimana sebelum ini.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 227, hadis no. 727. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال بعض المحققين: إن وصايا علي المصدرة بيا النداء كلها موضوعة غير قوله صلى الله عليه وسلم: " يا علي أنت مني بمنزلة هارون من موسى، غير أنه لا نبي بعدي ". قال الصغاني: ومنها وصايا علي التي أولها: يا علي لفلان ثلاث علامات وفي آخرها النهي عن المجامعة في أوقات مخصوصة كلها موضوعة وكذا قال السيوطي وغيره.

Ulama muhaqqiqin berkata: Wasiat Ali yang dimulakan dengan seruan wahai semuanya palsu selain: Wahai Ali, sesungguhnya kedudukan engkau di sisiku adalah seperti Harun dan Musa namun tiada nabi selepasku. Al-Saghani berkata: Termasuk juga wasiat Ali yang dimulakan dengan: Wahai Ali, sesungguhnya si fulan memiliki tiga tanda, dan akhirnya larangan berjimak pada masa-masa tertentu. Semuanya palsu. Demikian pandangan al-Suyuti dan lain-lain.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.