Wahai Ali! Puak pelampau akan memerangimu

TEKS BAHASA ARAB

يا علي! ستقاتل الفئة الباغية، وأنت على الحق، فمن لم ينصرك يومئذ فليس مني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Ali! Puak pelampau akan memerangimu dan engkau berada di atas kebenaran. Barangsiapa yang tidak membantumu ketika itu, maka dia bukanlah dari kalanganku."

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1887, hadis nombor 9501. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمار بن ياسر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((يا علي! ستقاتل الفئة الباغية، وأنت على الحق، فمن لم ينصرك يومئذ فليس مني)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4908)]

(Lemah) Daripada Ammar bin Yasir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Wahai Ali! Puak pelampau akan memerangimu dan engkau berada di atas kebenaran. Barangsiapa yang tidak membantumu ketika itu, maka dia bukanlah dari kalanganku." [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no.4908]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.