Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا عليُّ! ستقاتل الفئةَ الباغيةَ، وأنت على الحقِّ، فمن لم ينصرْك يومئذٍ فليس مِني.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Ali! Puak pelampau akan memerangimu dan engkau berada di atas kebenaran. Barangsiapa yang tidak membantumu ketika itu, maka dia bukanlah dari kalanganku."
Sahabat Perawi
- Ammar bin Yasir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1887, hadis no. 9501. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عمار بن ياسر - رضي الله عنه - مرفوعا: ((يا علي! ستقاتل الفئة الباغية، وأنت على الحق، فمن لم ينصرك يومئذ فليس مني)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4908)]
(Lemah) Daripada Ammar bin Yasir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Wahai Ali! Puak pelampau akan memerangimu dan engkau berada di atas kebenaran. Barangsiapa yang tidak membantumu ketika itu, maka dia bukanlah dari kalanganku." [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no.4908]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman