Wahai Ali, perumpamaan orang yang tidak menyempurnakan solatnya adalah seperti seorang wanita hamil yang membawa kandungannya

TEKS BAHASA ARAB

يا علي مثل الذي لا يتم صلاته كمثل حبلى حملت، فلما دنا نفاسها أسقطت، فلا هي ذات ولد، ولاهي ذات حمل. ومثل المصلي كمثل التاجر لا يخلص له ربحه حتى يخلص له رأس ماله، وكذلك المصلي لا تقبل نافلته حتى يؤدي الفريضة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Ali, perumpamaan orang yang tidak menyempurnakan solatnya adalah seperti seorang wanita hamil yang membawa kandungannya. Tatkala hampir tiba waktu (bersalin) dia keguguran, maka bukan seseorang yang mempunyai anak dan bukan juga orang yang mengandung. Manakala perumpamaan orang yang solat adalah seperti seorang pedagang, keuntungannya tidak akan mencapainya sehinggalah modalnya mencapainya, demikian juga orang yang solat, tidak akan diterima solat sunatnya sehinggalah dia menunaikan solat fardu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 363, hadis nombor 1937. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «يا عليُّ مَثَلُ الذي لا يُتِمُّ صلاتَه كمَثَلِ حُبْلَى حَمَلَتْ، فلما دَنَا نِفاسُها أَسْقَطَتْ، فلا هي ذاتُ ولدٍ، ولاهي ذاتُ حَمْلٍ. ومَثَلُ المُصَلِّي كمَثَلِ التاجرِ لا يَخْلُصُ له رِبْحُهُ حتى يَخْلُصَ له رأسُ مالِهِ، وكذلك المصلي لا تُقْبَلُ نافلتُهُ حتى يُؤَدِّيَ الفريضةَ». [هق، أبو القاسم، الأصبهاني، ع-الشطر الأول منه-، «الضعيفة» (1257)].

(Lemah) Daripada Ali RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Wahai Ali, perumpamaan orang yang tidak menyempurnakan solatnya adalah seperti seorang wanita hamil yang membawa kandungannya. Tatkala hampir tiba waktu (bersalin) dia keguguran, maka bukan seseorang yang mempunyai anak dan bukan juga orang yang mengandung. Manakala perumpamaan orang yang solat adalah seperti seorang pedagang, keuntungannya tidak akan mencapainya sehinggalah modalnya mencapainya, demikian juga orang yang solat, tidak akan diterima solat sunatnya sehinggalah dia menunaikan solat fardu". [Riwayat al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra, Abu al-Qasim, al-Asbahani dan Abu Ya’la (bahagian pertama daripadanya). Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1257].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.