Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: يَا عَليّ اتخذ لَك نَعْلَيْنِ من حَدِيد، وافنهما فِي طلب الْعلم.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Wahai Ali pakailah dua selipar daripada besi, gunakanlah keduanya untuk menuntut ilmu.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 227, hadis no. 725. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
موضوع كما قاله ابن تيمية.
Palsu seperti dinyatakan oleh Ibn Taimiyyah.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman