Wahai Ali! Padamu terdapat tujuh keistimewaan

TEKS BAHASA ARAB

يا علي! لك سبع خصال، لا يحاجك فيهن أحد يوم القيامة: أنت أول المؤمنين بالله إيمانا، وأوفاهم بعهد الله، وأقومهم بأمر الله، وأرأفهم بالرعية، وأقسمهم بالسوية، وأعلمهم بالقضية، وأعظمهم مزية يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah bersabda kepada ‘Ali: "Wahai ‘Ali! Engkau ada tujuh keistimewaan. Tiada sesiapa pun yang akan mempersoalkanmu dalam hal tersebut pada hari kiamat kelak: Engkau orang pertama yang beriman kepada Allah, paling setia dengan janji Allah, paling bagus dalam menunaikan perintah Allah, paling belas kasihan terhadap rakyat jelata, paling saksama dalam pengagihan, paling alim dalam kehakiman dan paling hebat kualitinya pada hari kiamat."

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1887, hadis nombor 9503. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي سعيد – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم – لعلي: ((يا علي! لك سبع خصال، لا يحاجك فيهن أحد يوم القيامة: أنت أول المؤمنين بالله إيمانا، وأوفاهم بعهد الله، وأقومهم بأمر الله، وأرأفهم بالرعية، وأقسمهم بالسوية، وأعلمهم بالقضية، وأعظمهم مزية يوم القيامة)). [حل، ((الضعيفة)) (4913)]

(Palsu) Daripada Abu Sa’id RA, dia telah berkata: Rasulullah bersabda kepada ‘Ali: "Wahai ‘Ali! Engkau ada tujuh keistimewaan. Tiada sesiapa pun yang akan mempersoalkanmu dalam hal tersebut pada hari kiamat kelak: Engkau orang pertama yang beriman kepada Allah, paling setia dengan janji Allah, paling bagus dalam menunaikan perintah Allah, paling belas kasihan terhadap rakyat jelata, paling saksama dalam pengagihan, paling alim dalam kehakiman dan paling hebat kualitinya pada hari kiamat." [Riwayat Abu Nu’aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4913]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs