Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يَا عَلِيُّ! أَنْتَ وَأَصْحَابُكَ فِي الْجَنَّةِ، أَنْتَ وَشِيعَتُكَ فِي الْجَنَّةِ، إِلَّا أَنَّهُ مِمَّن يَزْعُمُ أَنَّهُ يُحِبُّكَ أَقْوَامٌ يُضْفَزُونَ الْإسْلَامُ ثُمَّ يَلْفِظُونَهُ، يَقْرَأُونَ الْقُرْآنَ لَا يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ، لَهُمْ نَبَزٌ، يُقَالُ لَهُمْ: الرَّافِضَةُ، فَإِنْ أَدْرَكْتَهُمْ فَجَاهِدْهُمْ، فَإنَّهُمْ مُّشْرِكُونَ. فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ! مَا الْعَلَامَةُ فِيهِمْ؟ قَالَ: لَا يَشْهَدُونَ جُمُعَةً وَلَا جَمَاعَةً، وَيَطْعَنُونَ عَلَى السَّلَفِ الْأوَّلِ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Ali! Kamu dan sahabat-sahabatmu berada dalam syurga. Kamu dan pengikutmu berada dalam syurga! Kecuali sesungguhnya kelak ada orang yang mendakwa bahawa ada satu puak yang mencintaimu, mereka menelan Islam (dengan terpaksa) kemudian mereka meluahkannya, mereka membaca al-Quran tanpa melepasi kerongkong mereka, mereka mempunyai gelaran yang disebut sebagai al-Rafidah. Jika kamu sempat menemui mereka, maka lawanlah mereka kerana mereka adalah golongan musyrik. Aku pun bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah tanda yang ada pada mereka? Baginda menjawab: Mereka tidak menghadiri Jumaat dan solat jemaah, mereka mencela golongan Salaf yang awal.
Sahabat Perawi
- Ummu Salamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1292, hadis no. 6614. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Ummi Salamah RA, katanya: Pada malam giliranku, Nabi SAW ada bersama denganku. Fatimah datang menemui baginda dan kemudian Ali terlebih dahulu mendahuluinya, lalu Nabi SAW bersabda kepadanya: Wahai Ali! Kamu dan sahabat-sahabatmu berada dalam syurga. Kamu dan pengikutmu berada dalam syurga! Kecuali sesungguhnya kelak ada orang yang mendakwa bahawa ada satu puak yang mencintaimu, mereka menelan Islam (dengan terpaksa) kemudian mereka meluahkannya, mereka membaca al-Quran tanpa melepasi kerongkong mereka, mereka mempunyai gelaran yang disebut sebagai al-Rafidah. Jika kamu sempat menemui mereka, maka lawanlah mereka kerana mereka adalah golongan musyrik. Aku pun bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah tanda yang ada pada mereka? Baginda menjawab: Mereka tidak menghadiri Jumaat dan solat jemaah, mereka mencela golongan Salaf yang awal. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5590].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman