TEKS BAHASA ARAB
يا عليّ! أنت وأصحابك في الجنة، أنت وشيعتك في الجنة؛ إلا أنه ممن يزعم أنه يحبك أقوام يضفزون الإسلام ثم يلفظونه، يقرأون القرآن لا يجاوز تراقيهم، لهم نبز، يقال لهم: الرافضة، فإن أدركتهم فجاهدهم؛ فإنهم مشركون. فقلت: يا رسول الله! ما العلامة فيهم؟ قال: لا يشهدون جمعة ولا جماعة، ويطعنون على السلف الأول.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai Ali, kamu dan sahabat kamu berada dalam syurga. Kamu dan pengikut kamu berada dalam syurga melainkan orang yang mendakwa mencintai kamu. Kaum yang bermusuh dengan Islam kemudian mereka meluahkannya. Mereka membaca al-Quran yang mana ia tak melepasi tekak mereka. Mereka mempunyai gelaran. Mereka dipanggil Rafidah. Jika kamu sempat bertemu mereka maka perangilah mereka. Sesungguhnya mereka adalah orang musyrik. Lalu aku berkata: Wahai Rasulullah apakah tanda yang ada pada mereka? Baginda bersabda: Mereka tidak pergi menunaikan solat Jumaat mahupun solat secara berjemaah dan mereka mencela golongan yang terawal.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1918 hadis nombor 9636. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن أم سلمة رضي الله عنها، قالت: كانت ليلتي، وكان النبي ﷺ عندي، فأتته فاطمة، فسبقها علي، فقال له النبي ﷺ: يا عليّ! أنت وأصحابك في الجنة، أنت وشيعتك في الجنة؛ إلا أنه ممن يزعم أنه يحبك أقوام يضفزون الإسلام ثم يلفظونه، يقرأون القرآن لا يجاوز تراقيهم، لهم نبز، يقال لهم: الرافضة، فإن أدركتهم فجاهدهم؛ فإنهم مشركون. فقلت: يا رسول الله! ما العلامة فيهم؟ قال: لا يشهدون جمعة ولا جماعة، ويطعنون على السلف الأول.
[طس، خط، ((الضعيفة)) (5590)]
(Palsu)
Daripada Ummu Salamah RA, beliau berkata: Ketika tiba giliran saya, Nabi SAW berada di samping saya. Lalu Fatimah datang kepada Baginda. Lalu Ali mendahului beliau. Lalu Nabi SAW bersabda kepada beliau: Wahai Ali, kamu dan sahabat kamu berada dalam syurga. Kamu dan pengikut kamu berada dalam syurga melainkan orang yang mendakwa mencintai kamu. Kaum yang bermusuh dengan Islam kemudian mereka meluahkannya. Mereka membaca al-Quran yang mana ia tak melepasi tekak mereka. Mereka mempunyai gelaran. Mereka dipanggil Rafidah. Jika kamu sempat bertemu mereka maka perangilah mereka. Sesungguhnya mereka adalah orang musyrik. Lalu aku berkata: Wahai Rasulullah apakah tanda yang ada pada mereka? Baginda bersabda: Mereka tidak pergi menunaikan solat Jumaat mahupun solat secara berjemaah dan mereka mencela golongan yang terawal.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Awsath, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5590]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.