Wahai Ali, kamu dan pengikut kamu akan menghadap Allah

TEKS BAHASA ARAB

يا عليّ! إنك ستقدم على الله أنت وشيعتك راضين مرضيين، ويقدم عليه عدوك غضابا مقمحين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Ali, kamu dan pengikut kamu akan menghadap Allah dalam keadaan redai dan diredai. Dan musuh kamu akan menghadap Allah dalam keadaan dimurkai dan dibelenggu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1919 hadis nombor 9637. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عبدالله بن نجي، أن علياً أتى البصرة بذهب أو فضة، فنكت وقال: ابيضّي واصفرّي وغرِّي غيري. غري أهل الشام غداً لو ظهروا عليك. فشق قوله على الناس، فذكر ذلك له، فأذن في الناس، فدخلوا عليه، فقال: إن خليلي ﷺ قال: يا عليّ! إنك سَتَقْدمُ على الله أنت وشِيعَتُك راضينَ مرضِيِّينَ، ويَقْدمُ عليه عدوُّك غضاباً مقمحين. ثم جمع عليٌّ يده إلى عنقه يريهم كيف الإقماح.
[طس، ((الضعيفة)) (5589)]

(Palsu)
Daripada Abdullah Bin Naji bahawa Ali datang ke Basrah dengan membawa emas dan perak, lalu beliau berkata secara perlahan: Jadilah putih, jadilah kuning, dan perdayalah selainku. Perdayakanlah penduduk Syam apabila mereka menzahirkan diri kepada kamu. Perkataan itu menjadi berat pada orang ramai. Lalu perkara tersebut dikatakan kepada beliau. Beliau memanggil orang ramai. Lalu mereka masuk menemui beliau. Lalu Ali berkata: Sesungguhnya kekasihku Rasulullah SAW bersabda: Wahai Ali, kamu dan pengikut kamu akan menghadap Allah dalam keadaan redai dan diredai. Dan musuh kamu akan menghadap Allah dalam keadaan dimurkai dan dibelenggu. Kemudian Ali menggenggam tangannya ke tengkuknya untuk menunjukkan bagaimana belenggu itu.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Awsath. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5589]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs