Wahai ‘Alī, kamu dan para sahabatmu akan masuk syurga

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كانت ليلتي وكان النبي صلى الله عليه وسلم عندي، فأتته فاطمة، فسبقها علي، فقال له النبي صلى الله عليه وسلم : يا علي أنت وأصحابك في الجنة أنت وشيعتك في الجنة، إلا أنه ممن يزعم أنه يحبك أقوام يضفزون الإسلام ثم يلفظونه يقرأون القرآن لا يجاوز تراقيهم، لهم نبز يقال لهم: الرافضة فإن أدركتهم فجاهدهم فإنهم مشركون. فقلت: يا رسول الله ما العلامة فيهم؟ قال: لا يشهدون جمعة ولا جماعة ويطعنون على السلف الأول.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada malam giliranku, dan Nabi SAW berada di sisiku, maka datanglah Fāṭimah RA dan beliau didahului oleh ‘Alī RA. Maka Nabi SAW telah berkata kepada ‘Alī: Wahai ‘Alī, kamu dan para sahabatmu akan masuk syurga. Kamu dan pengikutmu akan masuk ke dalam syurga kecuali mereka yang menyangka bahawa dia mencintai kamu dari kalangan kaum yang diikat dengan Islam kemudian mereka melepaskannya. Mereka membaca al-Quran namun bacaan itu tidak melepasi tenggorok mereka. Mereka mempunyai gelaran yang disebut sebagai al-Rāfiḍah. Sekiranya kamu bertemu dengan mereka maka perangilah mereka kerana sesungguhnya mereka adalah golongan musyrik. Lalu aku (Ummu Salamah RA) telah bertanya: Wahai Rasulullah, apakah ciri-ciri mereka itu? Baginda SAW telah menjawab: Mereka tidak menghadiri solat Jumaat dan tidak pula solat berjemaah, dan mereka mencela golongan salaf yang awal.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 119, hadis nombor 616. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أم سلمة رضي الله عنها قالت: كانت ليلتي وكان النبي صلى الله عليه وسلم عندي فأتته فاطمة فسبقها علي فقال له النبي صلى الله عليه وسلم : يا عليّ أنتَ وأصحَابُك في الجنة أنت وشِيعَتُك في الجنة إلا أنه ممَّنْ يزعمُ أنه يُحِبُكَ أقوام يُضْفَزُون الإسلام ثم يَلْفِظُونَهُ يقرأون القرآنَ لا يجاوزُ تراقِيَهُمْ لهم نَبَزٌ يقال لهم: الرافضة فإن أَدْرَكْتَهُم فجاهِدْهُمْ فإنهم مشركون فقلتُ: يا رسولَ الله ما العلامةُ فيهم؟ قال: لا يشهدونَ جُمُعَةً ولا جماعةً ويَطْعَنونَ على السَّلَفِ الأول. [طس، خط، الضعيفة (5590)]

(Palsu) Daripada Ummu Salamah RA telah berkata: Pada malam giliranku, dan Nabi SAW berada di sisiku, maka datanglah Fāṭimah RA dan beliau didahului oleh ‘Alī RA. Maka Nabi SAW telah berkata kepada ‘Alī: Wahai ‘Alī, kamu dan para sahabatmu akan masuk syurga. Kamu dan pengikutmu akan masuk ke dalam syurga kecuali mereka yang menyangka bahawa dia mencintai kamu dari kalangan kaum yang diikat dengan Islam kemudian mereka melepaskannya. Mereka membaca al-Quran namun bacaan itu tidak melepasi tenggorok mereka. Mereka mempunyai gelaran yang disebut sebagai al-Rāfiḍah. Sekiranya kamu bertemu dengan mereka maka perangilah mereka kerana sesungguhnya mereka adalah golongan musyrik. Lalu aku (Ummu Salamah RA) telah bertanya: Wahai Rasulullah, apakah ciri-ciri mereka itu? Baginda SAW telah menjawab: Mereka tidak mengerjakan solat Jumaat dan tidak pula solat berjemaah, dan mereka mencela golongan salaf yang awal. [Diriwayatkan oleh al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5590]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.