Wahai ‘Alī! Kamu dan para sahabatmu akan masuk ke dalam syurga

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا علي! أنت وأصحابك في الجنة، أنت وشيعتك في الجنة؛ إلا أنه ممن يزعم أنه يحبك أقوام يضفزون الإسلام ثم يلفظونه، يقرأون القرآن لا يجاوز تراقيهم، لهم نبز، يقال لهم: الرافضة، فإن أدركتهم فجاهدهم؛ فإنهم مشركون. فقلت: يا رسول الله! ما العلامة فيهم؟ قال: لا يشهدون جمعة ولا جماعة، ويطعنون على السلف الأول.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai ‘Alī! Kamu dan para sahabatmu akan masuk ke dalam syurga. Kamu dan pengikutmu juga berada di dalam syurga melainkan sesiapa yang mendakwa bahawa dia mencintaimu, mereka ialah satu kaum yang mempertahankan Islam kemudian mereka menolaknya, mereka membaca al-Quran tetapi tidak sampai ke kerongkong mereka, bagi mereka gelaran; mereka dikenali sebagai al-Rafidhah. Sekiranya kamu menjumpai mereka maka lawanlah mereka kerana mereka ialah orang yang syirik”. Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah tanda yang ada pada mereka?”. Nabi SAW berkata: “Mereka tidak menghadiri solat Jumaat dan jemaah serta mereka mencerca golongan salaf yang terdahulu”.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1545, hadis nombor 7843. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أم سلمة -رضي الله عنها-، قالت: كانت ليلتي، وكان النبي صلى الله عليه وسلم عندي، فأتته فاطمة، فسبقها علي، فقال له النبي صلى الله عليه وسلم: ((يا علي! أنت وأصحابك في الجنة، أنت وشيعتك في الجنة؛ إلا أنه ممن يزعم أنه يحبك أقوام يضفزون الإسلام ثم يلفظونه، يقرأون القرآن لا يجاوز تراقيهم، لهم نبز، يقال لهم: الرافضة، فإن أدركتهم فجاهدهم؛ فإنهم مشركون)). فقلت: يا رسول الله! ما العلامة فيهم؟ قال: ((لا يشهدون جمعة ولا جماعة، ويطعنون على السلف الأول)). [طس، خط، ((الضعيفة)) (5590)]

(Palsu)
Daripada Ummu Salamah RA, beliau berkata: Pada malam giliran Nabi SAW bersamaku, Fatimah datang menemui baginda dan sebelumnya telah datang ‘Alī. Lalu Nabi SAW berkata kepadanya: “Wahai ‘Alī! Kamu dan para sahabatmu akan masuk ke dalam syurga. Kamu dan pengikutmu juga berada di dalam syurga melainkan sesiapa yang mendakwa bahawa dia mencintaimu, mereka ialah satu kaum yang mempertahankan Islam kemudian mereka menolaknya, mereka membaca al-Quran tetapi tidak sampai ke kerongkong mereka, bagi mereka gelaran; mereka dikenali sebagai al-Rafidhah. Sekiranya kamu menjumpai mereka maka lawanlah mereka kerana mereka ialah orang yang syirik”. Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah tanda yang ada pada mereka?”. Nabi SAW berkata: “Mereka tidak menghadiri solat Jumaat dan jemaah serta mereka mencerca golongan salaf yang terdahulu”.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5590]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.