Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا عليُّ! أنتَ وأصحابُك في الجنَّةِ، أنتَ وشيعتُك في الجنَّةِ؛ إلَّا أنَّهُ مِمَّن يزعمُ أنه يحبُكَ أقوامٌ يَضفُزونَ الإسلامُ ثُمَّ يلفِظونَهُ، يقرأونَ القرآنَ لا يجاوِزُ تراقيَهُم، لهم نبزٌ، يقال لهم: الرَّافِضةُ، فإن أدرَكتَهم فجاهِدْهم؛ فإنَّهُم مشرِكونَ. فقلتُ: يا رسولَ اللَّهَ! ما العلامةُ فيهِم؟ قال: لا يشهَدونَ جُمعةً ولا جماعةً، ويطعَنونَ على السَّلَفِ الأوَّلِ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai ‘Alī! Kamu dan para sahabatmu akan masuk ke dalam syurga. Kamu dan pengikutmu juga berada di dalam syurga melainkan sesiapa yang mendakwa bahawa dia mencintaimu, mereka ialah satu kaum yang mempertahankan Islam kemudian mereka menolaknya, mereka membaca al-Quran tetapi tidak sampai ke kerongkong mereka, bagi mereka gelaran; mereka dikenali sebagai al-Rafidhah. Sekiranya kamu menjumpai mereka maka lawanlah mereka kerana mereka ialah orang yang syirik”. Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah tanda yang ada pada mereka?”. Nabi SAW berkata: “Mereka tidak menghadiri solat Jumaat dan jemaah serta mereka mencerca golongan salaf yang terdahulu”.
Sahabat Perawi
- Ummu Salamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1545, hadis no. 7843. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Ummu Salamah RA, beliau berkata: Pada malam giliran Nabi SAW bersamaku, Fatimah datang menemui baginda dan sebelumnya telah datang ‘Alī. Lalu Nabi SAW berkata kepadanya: “Wahai ‘Alī! Kamu dan para sahabatmu akan masuk ke dalam syurga. Kamu dan pengikutmu juga berada di dalam syurga melainkan sesiapa yang mendakwa bahawa dia mencintaimu, mereka ialah satu kaum yang mempertahankan Islam kemudian mereka menolaknya, mereka membaca al-Quran tetapi tidak sampai ke kerongkong mereka, bagi mereka gelaran; mereka dikenali sebagai al-Rafidhah. Sekiranya kamu menjumpai mereka maka lawanlah mereka kerana mereka ialah orang yang syirik”. Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah tanda yang ada pada mereka?”. Nabi SAW berkata: “Mereka tidak menghadiri solat Jumaat dan jemaah serta mereka mencerca golongan salaf yang terdahulu”. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5590]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman