Wahai Ali! Kamu dan para sahabat kamu berada di syurga

TEKS BAHASA ARAB

يا علي أنت وأصحابك في الجنة. أنت وشيعتك في الجنة إلا أنه ممن يزعم أنه يحبك أقوام يضفزون الإسلام ثم يلفظونه يقرؤون القرءان لا يجاوز تراقيهم. لهم نبر يقال لهم: الرافضة فإن أدركتهم فجاهدهم فإنهم مشركون. فقلت: يا رسول الله ما العلامة فيهم؟ قال: لا يشهدون جمعة ولا جماعة ويطعنون على السلف الأول.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Ali! Kamu dan para sahabat kamu berada di syurga. Kamu dan pengikut kamu juga berada di syurga melainkan orang yang mendakwa mereka mengasihi diri kamu. Mereka mempertahankan Islam mereka kemudian mereka mengucapkannya. Mereka membaca al-Quran tetapi bacaan mereka tidak melepasi kerongkong mereka. Mereka mempunyai gelaran yang disebut al-Rafidhah. Sekiranya kamu bertemu dengan mereka maka perangilah mereka. Sesungguhnya mereka itu orang-orang yang yang mensyirikkan Allah. Aku berkata: Wahai Rasulullah! Apakah ciri-ciri mereka? Baginda SAW bersabda: Mereka tidak hadir solat Jumaat dan solat berjemaah serta memaki hamun golongan yang terdahulu (salaf).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1018-1019, hadis nombor 5241. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أم سلمة رضي الله عنها قالت: كانت ليلتي وكان النبي ﷺ عندي فأتته فاطمة فسبقها علي فقال له النبي ﷺ: يا علي أنت وأصحابك في الجنة. أنت وشيعتك في الجنة إلا أنه ممن يزعم أنه يحبك أقوام يضفزون الإسلام ثم يلفظونه يقرؤون القرءان لا يجاوز تراقيهم. لهم نبر يقال لهم: الرافضة فإن أدركتهم فجاهدهم فإنهم مشركون. فقلت: يا رسول الله ما العلامة فيهم؟ قال: لا يشهدون جمعة ولا جماعة ويطعنون على السلف الأول. [طس, خط, الضعيفة (5590)]

(Palsu) Daripada Ummu Salamah RA, beliau berkata: Pada waktu giliran aku bersama Rasulullah dan ketika itu Baginda ada bersamaku, lalu Fatimah datang. Kemudian, Ali RA datang dan telah mendahului beliau. Nabi SAW kemudian bersabda kepada Ali: Wahai Ali! Kamu dan para sahabat kamu berada di syurga. Kamu dan pengikut kamu juga berada di syurga melainkan orang yang mendakwa mereka mengasihi diri kamu. Mereka mempertahankan Islam mereka kemudian mereka mengucapkannya. Mereka membaca al-Quran tetapi bacaan mereka tidak melepasi kerongkong mereka. Mereka mempunyai gelaran yang disebut al-Rafidhah. Sekiranya kamu bertemu dengan mereka maka perangilah mereka. Sesungguhnya mereka itu orang-orang yang yang mensyirikkan Allah. Aku berkata: Wahai Rasulullah! Apakah ciri-ciri mereka? Baginda SAW bersabda: Mereka tidak hadir solat Jumaat dan solat berjemaah serta memaki hamun golongan yang terdahulu (salaf). [Riwayat Al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5590]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs