Wahai 'Ali! Kamu akan saling berperang dengan kumpulan pemberontak sedangkan kamu berada atas kebenaran

TEKS BAHASA ARAB

يا علي! ستقاتل الفئة الباغية، وأنت على الحق، فمن لم ينصرك يومئذ فليس مني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai ‘Ali! Kamu akan saling berperang dengan kumpulan pemberontak sedangkan kamu berada atas kebenaran. Oleh itu sesiapa yang tidak membantumu ketika itu, dia bukan dalam kalanganku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1350, hadis nombor 6895. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عمار بن ياسر رضي الله عنه مرفوعاً: يا علي! ستقاتل الفئة الباغية، وأنت على الحق، فمن لم ينصرك يومئذ فليس مني.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4908)]

(Lemah)
Daripada ‘Ammar bin Yasir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Wahai ‘Ali! Kamu akan saling berperang dengan kumpulan pemberontak sedangkan kamu berada atas kebenaran. Oleh itu sesiapa yang tidak membantumu ketika itu, dia bukan dalam kalanganku.
[Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4908]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs