Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا عليُّ! ستقاتل الفئةَ الباغيةَ، وأنت على الحقِّ، فمن لم ينصرْك يومئذٍ فليس مِني.
Teks Bahasa Melayu
Wahai 'Ali! Kamu akan saling berperang dengan kumpulan pemberontak sedangkan kamu berada atas kebenaran. Oleh itu sesiapa yang tidak membantumu ketika itu, dia bukan dalam kalanganku.
Sahabat Perawi
- Ammar bin Yasir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1350, hadis no. 6895. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عمار بن ياسر رضي الله عنه مرفوعاً: يا علي! ستقاتل الفئة الباغية، وأنت على الحق، فمن لم ينصرك يومئذ فليس مني. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4908)]
(Lemah) Daripada 'Ammar bin Yasir RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Wahai 'Ali! Kamu akan saling berperang dengan kumpulan pemberontak sedangkan kamu berada atas kebenaran. Oleh itu sesiapa yang tidak membantumu ketika itu, dia bukan dalam kalanganku. [Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4908]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman