Wahai Ali! Kamu akan menuju kepada Allah dalam keadaan kamu dan pengikutmu (Syiah) reda dan diredai

TEKS BAHASA ARAB

يا علي! إنك ستقدم على الله أنت وشيعتك راضين مرضيين، ويقدم عليه عدوك غضابا مقمحين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Ali! Sesungguhnya kamu akan menuju kepada Allah (pada hari kebangkitan) dalam keadaan kamu dan pengikutmu (Syiah) reda dan diredai, manakala musuhmu pula menuju kepada-Nya dalam keadaan marah dan terdongak (kerana dibelenggu).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1292, hadis nombor 6615. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عبدالله بن نجي، قال: أن عليا أتى يوم البصرة بذهب أو فضة، فنكت وقال: ابيضّي واصفرّي، وغرّي غيري. غّرّي أهل الشام غدا لو ظهروا عليك. فشق قوله ذلك على الناس، فذكر ذلك له، فأذّن في الناس، فدخلوا عليه، فقال: إن خليلي صلى الله عليه وسلم قال: يا علي! إنك ستقدم على الله أنت وشيعتك راضين مرضيين، ويقدم عليه عدوك غضابا مقمحين. ثم جمع عليّ يده إلى عنقه يريهم كيف الإقماح.
[طس، ((الضعيفة)) (5589)].

(Palsu)
Daripada Abdullah bin Najiy katanya: Bahawa sesungguhnya Ali datang pada hari Basrah dengan membawa emas atau perak lalu dia pun berjenaka dan berkata: Memutihlah atau menguninglah, dan tertipulah selainku. Perdayalah orang selainku, perdayalah orang-orang Sham jika mereka menawan kamu. Kata-katanya itu menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan orang ramai lalu disebutkan hal demikian kepadanya. Kemudian dia pun datang menemui orang ramai lantas berkata: Sesungguhnya kekasihku Nabi SAW pernah bersabda: Wahai Ali! Sesungguhnya kamu akan menuju kepada Allah (pada hari kebangkitan) dalam keadaan kamu dan pengikutmu (Syiah) reda dan diredai, manakala musuhmu pula menuju kepada-Nya dalam keadaan marah dan terdongak (kerana dibelenggu). Kemudian Ali menggabungkan tangannya ke lehernya untuk memperlihat buat mereka bagaimana keadaan belenggu itu.
[Riwayat al-Tabarani di dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5589].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs